Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi beri peluang pada diri sendiri untuk dapat ilmu ini.
Di kala ramai yang mengeluh dek kerana kenaikan harga rumah, kos sara hidup semakin tinggi maka saya terpanggil untuk berkongsi panduan untuk mereka yang bergaji RM2,000.
Kalau yang baru masuk kerja, saya ucap tahniah. Selamat datang ke alam pekerjaan.
"Aku pelik, kenapa kawan aku gaji sama je RM2,000 tapi dapat beli rumah. Tapi aku tak layak. Kena reject! Ni mesti pakai orang dalam."==== Bagi anda bergaji RM2,000 adalah sangat penting untuk kita rancang kewangan. Ramai yang tersilap langkah yang sebabkan dirinya terjerat dengan perangkap hutang. Apabila terperangkap dengan hutang, nak beli rumah pasti susah. Ini berlaku sendiri kepada staff saya, ada yang dapat approval bank dan ada juga yang di reject loan. Mengapa ada perbezaan padahal gaji sama.
- 1. Kira Gaji Bersih
Gaji Bersih = Pendapatan kasar – Potongan Tetap (KWSP, SOSCO, Cukai Pendapatan)
Contoh: RM2,300 – RM200 = RM2100 2. Kira Ansuran Maksimum Bulanan: DSR (%) X Gaji Bersih Jika anda bergaji bawah RM3,000, DSR maksimum yang dibenarkan adalah 60%. Sebagai contoh, Bank CIMB. Pendapatan bersih RM2100, DSR maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 60%. 60% X RM2,100 = RM1,260 3. Tolak Komitmen Bulanan Dengan Pihak Bank (CCRIS) Katakan ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM350. Jumlah komitmen dengan pihak bank = RM350 RM1,260 – RM350 = RM910 (baki wang tinggal untuk beli rumah).
Ansuran bulanan X 200 = harga rumahRM910 X 200 = RM182,000
Dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM910 sebulan, harga rumah maksimum yang boleh dibeli tidak boleh melebihi RM182,000.Jadi, maksimum pembiayaan perumahan yang boleh diluluskan bank adalah sebanyak RM182,000 saja. Maka komitmen gaji adalah:
- RM350 untuk kereta
- RM910 untuk rumah berharga RM182,000
- Tabung kecemasan 3 bulan gaji - RM150/bulan
- Wang saku ibu bapa - RM150/bulan
- Makan : RM300/sebulan
- Lain - lain - RM140