Badrul Munir: Kematian yang dicemburui di Masjid Nabawi, Madinah dan dikuburkan di Jannatul Baqi

Badrul Munir: Kematian yang dicemburui di Masjid Nabawi, Madinah dan dikuburkan di Jannatul Baqi

June 12, 2018 0 By Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Kematian yang dicemburui.

Badrul Munir (Bad) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Beliau rebah betul-betul di depan maqam Baginda Rasulullah saw di Masjid Nabawi.

Allahyarham berasal Kuala Kangsar dan menetap di Dengkil. Seorang yang banyak berkhidmat pada alim ulama, para masyaikh, madrasah Al-Quran dan buat kerja usaha atas iman. Semua orang yang beliau santuni dicintai oleh Allah SWT.

Menurut sahabat yang bersama-sama beliau di Madinah, Badrul telah melakukan solat tahajud di dalam bilik hotel, kemudian bersolat subuh berjemaah di Masjid Nabawi dan terus dijemput oleh Allah SWT pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

Seorang tinggi akhlak dan suka khidmat. Allahu. Sedih dengan kehilangan arwah, dalam masa sama rasa cemburu dengan kemuliaan tempat dan masa kembalinya bertemu Allah.

Mati di dalam Masjid Nabawi dan disemadikan di Jannatul Baqi’, Madinah tidak jauh dari kubur Saidinia Uthman bin Affan. Semoga jadi asbab hidayah di seluruh alam. Insha Allah.

 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah RahmatMu, sejahtera dan maafkanlah dia.”

Hafizul Hakim
Satu pengakhiran hidup yang patut kita cemburui. Masyaallah

Please follow and like us:

Berusia 34 tahun, telah berkecimpung dalam bisnes emas Public Gold selama 9 tahun. Merupakan Master Dealer termuda yang mencatatkan kelayakan jualan Sales Incentive Trip selama 7 kali.

Aktif berkongsi ilmu emas di media social facebook dan instagram.