Fahami 8 Perkara ini – anda takkan rugi beli emas!

Fahami 8 Perkara ini – anda takkan rugi beli emas!

June 12, 2018 1 By Hafizul Hakim

Fahami 8 Perkara ini – anda takkan rugi beli emas!

Sebelum mulakan simpan emas, pastikan anda ada checklist ini. Saya gariskan seperti dibawah:

  • Apa tujuan simpan emas? – Untuk simpanan kecemasan, tabung pergi haji, tabung deposit rumah
  • Berapa gram untuk capai tujuan? – 100 gram, 40 gram, 50 gram emas?
  • Berapa lama nak capai sasaran? – 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan?

Jangan sesekali beli emas tanpa tujuan dan matlamat seperti di atas!

Sebagai panduan, saya gariskan 8 perkara berdasarkan pengalaman 8 tahun saya dalam bidang emas:

#1 – PATUH SHARIAH

  • Kriteria paling utama saya nak senaraikan terlebih dahulu, Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission, World Gold Council.
  • Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah.
  • Pentingnya sijil patuh shariah ini, semua proses urusan belian dan jual semula emas telah dipastikan telus, jujur dan sejajar dengan hukum belian emas dalam Islam.
  • Bagi saya, proses untuk dapat sijil patuh shariah ini lebih ketat kerana jika terdapat satu proses yang meragukan maka sijil tidak akan diberikan.


#2 – Harga Per Gram Emas

  1. Ini adalah ILMU paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dengan telus.
  2. Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my
  3. Anda lihat harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)
  4. Untuk harga akaun emas GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.
  5. Kalau nak beli emas, anda rujuk harga PG SELL.
  6. Satu hari nanti nak jual emas, rujuk harga PG BUY.
  7. TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator. 😉

#3 – Spread yang Rendah

  1. Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.
  2. Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli.
  3. Sebagai contoh, spread margin emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, berbanding spread margin barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.
  4. Tips: Cuba tanya tokei emas, kalau jual balik nanti berapa harga dia ambil? Situ anda dah boleh kira peratus beza spread margin.

#4 – Stok tiada had

  1. Emas ni aset yang pelik, semakin harga turun semakin ramai pembeli.
  2. Ada syarikat di Malaysia, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba bagitahu stok tak ada.
  3. Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Anda nak beli 1 kilogram emas setiap hari pun boleh.

#5 – Tiada GST

  1. Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, semua emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.
  2. Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA) sahaja tidak dikenakan GST.
  3. Emas Public Gold satu-satunya jenama emas yang tidak dikenakan GST untuk jongkong emas dan dinar emas.

#6 – Diterima gadaian Ar-Rahnu

  1. Tidak semua jenama emas gold bar di terima untuk gadaian Ar-Rahnu.
  2. Hanya brand emas yang established saja diterima.
  3. Public Gold diterima disemua institusi bank yang menawarkan gadaian ArRahnu.
  4. Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 😉

#7 – Senang nak jual semula

  1. Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak?
  2. Boleh jual semula emas Public Gold di kedai emas, cuma awak perlu tahu – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa, apa lagi emas dari luar kan?
  3. So, cara paling bijak, anda jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website Public Gold.

#8 Jaminan Belian Semula

  1. Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.
  2. Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.
  3. Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!

#9 Sistem Database Oracle bertaraf world-class

  1. Public Gold menggunakan database Oracle bertaraf dunia. Setiap rekod transaksi, security akaun GAP anda pada tahap tertinggi dan selamat.
  2. Dengan Public Gold, anda disediakan akaun GAP yang beroperasi 24 jam, sama ada mahu jual atau beli.
  3. Setiap pelanggan berdaftar mempunyai rekod invois belian yang boleh dirujuk semula secara online di dalam akaun masing-masing.

Hanya Public Gold sahaja di Malaysia ini yang mempunya ciri-ciri di atas. Jadi, bukalah hati, bukalah minda jika mahu menjadi penyimpan emas yang bijak.

POS Arrahnu Malaysia menjalinkan kerjasama strategik bernilai puluhan juta ringgit dengan Public Gold. Semua cawangan POS Arrahnu di Malaysia menerima produk Public Gold tanpa perlu membuka seal.

Diharap agar artikel ini membantu anda lebih faham tentang kelebihan membeli emas dengan Public Gold. Saya ucapkan selamat maju jaya dan teruskan niat anda untuk menyimpan emas.

 

Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Please follow and like us: