Saya doakan agar anda atau insan disayangi dapat berhenti merokok, amin.
Lengahkan MasaJika ada rasa mahu merokok, lengahkan masa sehingga 10 minit. Minum kopi atau buat perkara yang dapat alihkan perhatian.
Tolak KonsepJangan terpedaya dengan konsep cukuplah sebatang. Tak payah hisap langsung kalau sudah ada keazaman berhenti merokok.
Elakkan Punca MerokokJika ramai kawan yang merokok, elakkan untuk lepak bersama. Pindah ke tempat yang dilarang merokok misalnya masjid.
Keluarga dan RakanBeritahu kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda hasrat untuk berhenti merokok. Jadi kalau anda macam terlupa, mereka akan ingatkan hasrat tadi.
Ingat kebaikan tidak merokokBuat senarai penting misalnya dapat jimat 2 gram emas sebulan. Dapat kumpul duit untuk pergi menunaikan umrah dan haji. Dapat kumpul duit untuk pergi melancong.
MengkajiRajinkan diri mencari bahan bacaan orang yang dah berjaya tinggalkan rokok. Ketahui apa perubahan dalam diri dan kehidupan mereka selepas itu. Jadikan sebagai motivasi buat diri anda.
MengunyahCari barang kunyahan yang sihat misalnya chewing gum, kekacang sebagai ganti kepada rokok. Kalau rasa nak merokok je terus kunyah gula-gula.
Guna alat bantuanTerdapat banyak di pasaran misalnya nikotin tablet, patches, gula-gula getah yang dapat henti tabiat merokok.