public-gold-logo-maroon
Langsai hutang PTPTN dalam masa 3 tahun
Home » Saving  »  Langsai hutang PTPTN dalam masa 3 tahun
Langsai hutang PTPTN dalam masa 3 tahun
1. Semua orang yang dah bekerja, kena paksa simpan 50% daripada gaji. Kalau tak mampu 50%, buat 30% pun boleh, 10% pun takpa. Ikutlah kesanggupan sendiri. 2. Gaji RM2,000 simpan RM1,000 (50%). Konsisten buat 3 tahun, dah ada RM36,000 dalam simpanan. Kalau kau buat, kau dapat. Tak buat, tengok je orang lain buat. 3. Iya, memang tak mudah nak simpan RM1,000 dengan gaji RM2,000. Tapi kalau matlamat jelas, susah pun kau sanggup. Kalau gaji RM4,000 lagilah senang nak simpan RM1,000 kan. Takda matlamat kehidupan? Baca artikel ni sampai habis. 4. Dengan simpanan banyak tu, banyak benda anda boleh capai muda-muda ni. Yang penting, kena mulakan simpanan. Lambat mula, lambatlah merasa kesannya. 5. Dengan RM36,000 tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM200,000. Ataupun beli 2 rumah yang berharga RM100,000 setiap satu. Satu untuk di diami, satu lagi untuk disewakan. Cantik!
ASB Financing adalah instrumen kewangan yang bagus sebagai force saving untuk kita dapatkan modal kahwin dan beli rumah.
6. Ataupun lagi bijak, buat sijil ASB Financing berjumlah RM185,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun dengan ansuran bulanan RM1,000. Tapi bukanlah kau kena bayar sampai 30 tahun. Baca dulu sampai habis. 7. Andaikan purata dividen ASB diumumkan 7.00%. Contoh lepas 3 tahun, tunai keseluruhan yang kau dapat adalah RM50,000. Banyak tak? Kaya! Kali pertama pegang duit banyak. 8. Err. Okaylah tu kan. RM50K - RM36K = RM14K. Untung RM14K berbanding simpanan cara biasa. Siapa pula yang baik hati nak bagi kita extra RM14K kan. 9. Dengan RM50K tu, boleh langsaikan hutang PTPTN dengan cepat. Kalau tiada PTPTN lagi elok, boleh buat modal beli dua biji rumah seperti poin di atas. 10. Lepas beli dua rumah tu, bolehlah anda beli kereta dan silalah kahwin. Dah sesuai sangat dah tu. Rumah tu tak payah risau, penyewa boleh bayarkan. 11. Beli rumah pertama subsale ke, lelong ke, undercon ke. Kalau kau faham strateginya, ada ilmu yang sepatutnya, semua boleh buat untung. Modal pun dah ada, kan. 12. Mula kerja umur 23 tahun. Tiga tahun kemudian umur 26 tahun dah ada dua rumah, kereta dan dah berkahwin. Lengkap sangat dah tu. Lepas tu, belilah rumah lagi dan lagi sampai bosan. - Posting asal Harith Faisal.
NOTA 1: Ini adalah kiraan secara kasar untuk memudahkan pemahaman. Ia dikongsikan secara umum.
Jadi, sesuaikanlah dengan situasi dan tahap kewangan masing-masing. Nak layan ASB Financing ni selama 5 tahun pun boleh. Nanti dapat bersih dalam RM90K. Nak maksimumkan ASB Financing RM200K dengan bayaran bulanan RM1,080 pun boleh. NOTA 2: Kiraan berdasarkan kadar keuntungan bank 5.05% (kadar promosi) dan dividen 7% setahun purata. NOTA 3: Pengguna Android, download app Financial Calculators. Pengguna Apple, download app EZ Financial Calculators. Saya ada kongsikan screenshot pengiraan guna app di bawah. NOTA 4: Yang nak gandakan duit dan set appointment untuk mohon ASB Financing, bolehlah WhatsApp saya segera.
ASB FINANCING - CIMB ISLAMIC
wasap.my/60193897934/ASBFiPromo 1. Maximum tenure 30 tahun. 2. Takaful adalah optional. 3. ‎Tiada lock in period. 4. Rate promosi serendah 5.05%. 5. ‎KL dan Selangor saja. Whatsapp nombor di atas.