public-gold-logo-maroon
Rahsia mengapa Bokitta dan Hyat jadi rebutan wanita terbongkar!
Home » Saving  »  Rahsia mengapa Bokitta dan Hyat jadi rebutan wanita terbongkar!
Rahsia mengapa Bokitta dan Hyat jadi rebutan wanita terbongkar!
Mesti kita ingin tahu kenapa sesetengah wanita gemar beli tudung jenama Bokitta dan Hyat, saya tidak terkecuali. Seperti kalian, bagi saya ia agak mahal. Tapi di abaikan kerana isteri beli guna duit sendiri. Andai nak minta dana, saya dah 'standby' muncungkan mulut hala ke almari tudung dia. Hingga pada satu hari saya tanya,
"Kenapa beli tudung jenama ni. Tak mahal ke?"
Aliffa Rafini Abdullah jawab;
"Design ini I beli hasil dari keuntungan jual tudung Hyat Silang corak Sofea. Dulu beli RM75 dan semalam dapat pembeli dengan harga RM250. Satu lagi design Sarah, harga pasaran sekarang RM350. Boleh simpan 1 gram dalam akaun emas Public Gold, selebihnya beli corak tudung lain lagi."
Saya terus kira, isteri dapat keuntungan 233%! Saya pun diam dan tanya lagi. "Berapa kali untung macam ni, dapat nasib je ke?" berkerut dahi seolah-olah berminat nak pakai tudung jugak. Kah kah! Dia tersenyum dan jawab;
"Tak semua jenama dan corak tudung ada 'resale value' tinggi. Kalau design sangat cantik dan jumlah keluaran premium terhad, jadi demand makin tinggi. Paling kurang pun dapat pembeli yang beli pada harga asal pembelian. Jadi boleh kata tiada risiko rugi."
Hyat Silang Sofea
Kadang-kadang perasan jugak bila parcel datang, seronoknya macam dapat charm Aurora Italia baru. Rupanya kemenangan dapat beli tudung kualiti tinggi, yang harga pasti melonjak tinggi nanti. Seperti kisah saya beli semua jenis saiz Bokitta corak Belle dan Amoure tempoh hari, terkejut apabila tengok inbox FB dan whatsapp orang 'offer' nak beli tudung Bokitta. "Encik, saya berminat nak beli kedua-dua tudung pada harga RM***. Jangan jual kat orang lain tau!" Saya kira balik, lebih dari harga asal. Dan tudung itu habis dibeli kurang dari tempoh sejam. Memang kuat penangan #BokittaLovers ni. Isteri saya bukanlah jenis pembeli barang mahal sebelum ni. Jadi kalau dia beli tudung ini sekalipun pun saya tak risau sebab ‘saving’ benda pertama dia akan tolak siap-siap dari gaji. Minima 1 gram emas tiap bulan.
Voila Maxi - saiz tudung yang isteri saya gunakan.
Kesimpulannya, sesetengah jenama tudung ada resale value tinggi. Kalau dapat corak yang sangat terhad, memang seminggu-minggu si isteri akan senyum. Haha. Ada yang harga cecah RM1,600! Malam nanti, saya nak periksa almari jenama apa lagi yang ada. Ini kali pertama saya tahu ada barang 'resale value' tinggi dari harga belian.
Barang lelaki ada ke yang macam ni. Resale balik Boxer? Kah kah kah.
Hafizul Hakim Mesti malam ni almari ada pad lock. Haha! Korang yang dah untung ribu-ribu tu, alih simpan emas jugak. Join telegram Channel ni kalau nak tahu panduan: https://t.me/MrHafizulHakim