Ada 3 cara beli emas public gold
1. Melalui akaun GAP
Anda boleh membuat pembelian serendah
RM100. Kaedah ini sesuai untuk orang yang mempunyai bajet rendah.
Antara kelebihan akaun emas GAP adalah:
- GAP singkatan untuk Gold Accumulation Plan
- Tiada komitmen bulanan
- Bajet rendah minima RM100
- Harga berubah sekali setiap hari jam 12 malam
- Anda tidak perlu menyimpan emas fizikal (simpanan tidak dikenakan caj).
Bacaan lebih lanjut
di sini.
2. Belian Bayaran Penuh
Kaedah ini sesuai untuk orang yang mempunyai bajet yang agak tinggi (RM1,000 dan ke atas) dan ingin menyimpan sendiri emas fizikal yang dibeli.
Anda boleh membeli jongkong emas ataupun dinar emas.
Anda boleh merujuk harga semasa emas di
https://www.publicgold.com.my.
Harga di laman web Public Gold akan berubah setiap 20 minit.
3. Belian Secara Ansuran
Kaedah ini sesuai untuk anda yang ingin menyimpan emas fizikal sendiri tetapi mempunyai bajet yang terhad.
Anda boleh membeli jongkong emas ataupun dinar emas dengan EPP6 (ansuran 6 bulan) atau EPP10 (ansuran 10 bulan).
Setelah habis bayaran, barulah anda boleh mengambil emas fizikal di cawangan Public Gold yang terdekat atau guna khidmat postage berinsuran.
Ini 3 cara untuk anda membeli emas di Public Gold mengikut matlamat dan kesesuaian anda. Paling penting, berapa bajet anda. Semoga bermanfaat.
Wallahu a’lam.