Ada 2 posisi dalam pembeli emas fizikal yang kita semua perlu tahu iaitu:
1. Penyimpan emas
2. Pelabur emas
#1 Penyimpan EmasMereka adalah golongan yang sangat faham kepentingan simpan emas fizikal. Matlamat mereka hanya satu akan menukar dari bentuk wang kertas kepada emas fizikal untuk kegunaan masa hadapan. Jika berlaku kecemasan, emas sebagai ‘backup’ duit. Bawa emas ke Arrahnu digadaikan dan dapat pinjaman tunai segera sebanyak 70% dari nilai semasa. Dalam minda penyimpan emas, adalah:
- Mengelak kebocoran simpanan daripada terbelanja kepada benda tak perlu dan dapat kawal sifat boros berbelanja.
- Emas sebagai simpanan jangka masa panjang dan bukan masa terdekat.
- Emas dapat lindungi kekayaan dari susut nilai yang terkesan akibat inflasi pada setiap tahun.
- Faham bahawa nilai RM10,000 pada 10 tahun lepas, hari ini dan 5 tahun tidak akan sama!
Setiap tahun KUASA BELI wang kertas makin merosot!
- Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk simpanan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas sebabkan seolah-olah kita buat tambahan dana.
- Matlamat yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas.
- Golongan ini tidak risau harga emas naik atau turun. Beli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai emas”.
#2 Pelabur EmasRamai juga yang ingin menjadi pelabur emas kan? Perlu ingat seorang pelabur beli emas dalam kuantiti yang besar.
Minima belian emas untuk bergelar sebagai PELABUR EMAS adalah 250 gram ke atas.Kurang dari ini, kita masih seorang penyimpan lagi. Selalunya golongan ini bertujuan meningkatkan keuntungan dalam jangka masa sederhana. Antara ciri-ciri seorang pelabur emas adalah:
- Membeli emas ketika harga rendah, Jual ketika harga tinggi.
- Mempunyai ilmu teknikal dan fundamental dalam menganalisis pasaran emas dunia.
- Menjana keuntungan dengan aktiviti jual beli emas.
- Har per gram mahal
- Susut nilai semasa jual semula sangat tinggi. Ada kedai emas tolak sekurangnya 30% dari harga semasa!
- Dibawah ini adalah susut nilai emas Public Gold.
- Jongkong emas / Wafer
- Dinar Emas / Koin Emas
APA TUJUAN ANDA BELI EMAS?Tujuan Hafizul Hakim simpan emas:
1. Elak simpanan bocorPada permulaan saya mula simpan emas pada tahun 2009, tujuannya nak elak simpanan saya bocor. Bocor ni maksudnya konon simpan 10% setiap bulan, tapi tak pandai kawal nafsu belanja last-last “terguna”.. Selepas simpan emas, dah tak bocor lagi dah. Malahan jadi sangat berdisiplin, dapat gaji je terus alih bajet simpan emas. Dulu masa mula-mula saya simpan emas, saya fikir macam ni:
“Harga emas naik, aku jual.”Tapi hingga ke hari ini tak terjual. Sebab kalau perlu tunai, saya cuma emas ke arrahnu. Selesaikan keperluan. Nanti dapat gaji, tebus semula dalam tempoh 12 bulan. Jumlah emas pula semakin bertambah!
2. Simpan untuk beli aset hartanahKalau dah pandai menyimpan, nak beli hartanah ni mudah. Sebab ada simpanan untuk dijadikan sebagai deposit. Standby at least 15% dari value semasa hartanah. Beli unit untuk pelaburan misalnya sewa, lebihan dari bayar loan boleh buat beli emas lagi.
3. Simpan untuk dana pendidikan anak-anakSemua kita tahu dan sedar, kos belajar, kos pengajian dari masa ke semasa akan semakin meningkat tinggi. Kalau ambik purata kenaikan 6% inflasi setiap tahun, dalam tempoh 15 tahun kos pengajian akan naik hingga 100%! Contohnya, hari ini kos pengajian engineering RM40,000, pada 15 tahun akan datang kos akan jadi double sehingga RM80,000. Saya tak nak anak-anak terjerat dengan hutang PTPTN, maka saya sedaya upaya simpan dan alih dlm bentuk emas supaya kuasa beli (purchasing power) dlm 15 tahun kelak tak di mamah inflasi. Nasi lemak 10 tahun akan datang pun kita tau akan jadi semakin mahal kan? Sasarkan simpan 100 gram emas seorang.
4. Simpanan kecemasan 3-6 bulan gajiSekarang zaman yang tak dijangka prestasi ekonomi. Dulu siapa sangka kerja sektor Oil and Gas tiba-tiba mengalami kemelesetan dan ramai terpaksa diberhentikan. Jika ada tabung kecemasan ni, sekurang-kurangnya kita ada 3 ke 6 bulan tempoh untuk cari kerja baru . Dalam tempoh ini, kita dapat bayar apa-apa ansuran bulanan yang perlu dibayar eg kereta, rumah serta nafkah isteri anak tidak di abaikan. Jadi tabung kecemasan 3-6 bulan gaji adalah perkara sangat mustahak. Bezanya, saya simpan dalam bentuk emas fizikal. Contoh:
- Gaji bulanan RM2,000
- Maka dana kecemasan 3 bulan gaji berjumlah: RM6,000
- Katakan per gram emas RM200, maka saya perlu convert jumlah RM6,000 tadi jadi 30 gram emas.
5. Income tambahanWalaupun kerja saya sebagai engineer orang anggap sudah mencukupi, saya perlu ingat bahawa langit tak semestinya cerah. Dengan anak 3 orang, kalau harapkan gaji semata memang tak cukup. Niat saya untuk settlekan hutang sedia ada secepat mungkin supaya maximize lebihan gaji sebagai simpanan. Selagi kudrat masih ada, saya gunakan segala kepakaran yg saya ada untuk kembangkan bisnes Public Gold. Tanggungjawab sebagai dealer, saya nak orang faham apa konsep sebenar simpan emas. Apa yang terbaik dengan keadaan semasa kewangan serta bantu dealer-dealer saya mengembangkan empayar emas mereka sendiri. Beli 80 gram emas untuk layak bergelar Dealer Public Gold.
Perkara terakhir anda perlu tahu, ada 3 cara belian emas Public Gold:
- Secara tunai dari serendah 1 gram hingga 1 kilogram.
- Boleh bayar ansuran 4 bulan (untuk emas berat 100 gram kebawah).
- Boleh bayar ansuran 10 bulan (untuk emas berat 250 gram dan 1 kilogram sahaja).
- Simpanan akaun emas serendah RM100. Boleh redeem dalam bentuk emas fizikal di 18 Cawangan Public Gold seluruh Malaysia.
- Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
- Introducer Code: PG000839
- Triple Star Master Dealer Public Gold
- Telefon: +60198884452