Ini Cara Simpan Duit Ekstrim Dapat RM500 Sebulan

Ini Cara Simpan Duit Ekstrim Dapat RM500 Sebulan

August 7, 2018 0 By Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Mungkin cakap macam senang kan, tapi nak simpan duit ni memerlukan fokus dan tahap konsistensi yang maksima, barulah misi berjaya.

Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

Begitu, mudah je kan.

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Best kan! Seronok menyimpan macam ni!

Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan

Lebih kurang RM5,580. Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?
– kumpul modal deposit rumah
– kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– dana kecemasan keluarga
– dana pendidikan anak-anak
– dana umrah/haji
– spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.

Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi

Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!

Lebih banyak tips kewangan dan simpanan emas Public Gold di sini:https://t.me/MrHafizulHakim 

Posting saya ini turut dikongsikan di:

Please follow and like us:

Berusia 34 tahun, telah berkecimpung dalam bisnes emas Public Gold selama 9 tahun. Merupakan Master Dealer termuda yang mencatatkan kelayakan jualan Sales Incentive Trip selama 7 kali.

Aktif berkongsi ilmu emas di media social facebook dan instagram.