"Biasanya kalau apply personal loan, ambik masa sebulan dapat approval. Tapi kalau ada emas, tak sampai 20 minit terus approve!"Tujuan Ar-rahnu ditubuhkan untuk memudahkan golongan peniaga mendapat pinjaman tunai, tanpa perlu melalui proses birokrasi 'personal loan' yang ambik masa lebih lama kekadang sampai sebulan.
Tujuan lain Ar-Rahnu:
Katakan saya nak langsaikan pinjaman dalam tempoh 2 bulan maka saya perlu bayar,
- Kegunaan untuk kecemasan.
- Elak guna kad kredit
- Modal niaga.
- Cover kos operasi kos projek
- Bayar kos operasi kos operasi syarikat.
Jangan pulak dapat duit ni, korang beli rim kereta. Adohai..Hari ini, saya ada urusan di Ar-Rahnu Co-opbank Persatuan Kuching. Saya kongsikan info penting, sila baca di ruang caption gambar. Pamplet maklumat Ar-Rahnu Co-opbank Persatuan Kuching.
- Setiap orang boleh buat pembiayaan maksima RM50,000 sehari.
- Jumlah pembiayaan seorang, maksima RM200,000.
- Anda dapat tunai 70% hingga 75% dari nilai marhun emas.
- Di Ar-Rahnu ini, gadaian boleh dilakukan oleh warganegara dan BUKAN warganegara.
- Anda cuma perlu bawa emas ke cawangan Ar-Rahnu Ko-op Bank untuk urusan gadaian.
- Harga semasa emas ketulenan 999.9 ialah RM182.21/gram. Maka nilai marhun 100 gram saya adalah RM18,221.
- Pinjaman maksima adalah 70% dari RM18,221 iaitu RM13,100. Tapi saya cuma nak pinjam Rm12,000 sahaja. Boleh je!
Jumlah pinjaman + Upah Simpan (RM109.63 x 2 bulan)bersamaan
RM12,000 + RM219.26 iaitu RM12,219.26Tempat lain menerima emas Public Gold untuk gadaian adalah:
- Ar-Rahnu POS (emas Public Gold tak dibuka seal).
- Agrobank
- Bank Rakyat
- Bank Muamalat
- Koperasi Tentera
- Cawangan Public Gold (Koperasi Dagang Emas).
- Bank Islam Brunei Darussalam