Isteri Pembuka Pintu Rezeki

Tiap kali saya hadiahkan isteri sesuatu, pasti keesokannya orang yang tak dikenali beli emas. Amaunnya bukan sikit dan jarak kami jauh. Ada dari Johor, Terengganu, Kedah.

Buat sekali memang boleh kata kebetulan. Tapi tiap kali bagi, rezeki muncul dari sumber tak disangka-sangka. Dah tak dapat fikir guna logik akal lagi dah.

Sepertimana perkongsian Ustaz Ebit Lew, bagi 1 dapat 10. Korang yang dah biasa buat mesti tahu kan.

Semalam ingat nak singgah butik Hyat Hijab milik Puan Norhayati Yunus di Bangi. Tapi tak sempat, terpaksa bergegas ke airport.

Mendarat je, terus ke Starbucks beli minuman kegemaran si kekasih hati. Senyum je dia bila kita hulurkan. Air coklat je pun kan.

Kawan-kawan,

Dalam banyak buku kewangan malah fadhilat sedekah tulis, sedekah adalah pembuka jalan rezeki. Dalam bahasa omputeh selalu guna ayat, “what you give, you’ll get back.”

Orang paling afdal diberi ialah keluarga terdekat terutamanya isteri, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik.

Ringan-ringankan tangan bagi hadiah dengan mereka. Nanti pasti ada rezeki yang di ‘unlock’ dari khazanah Illahi. Insha Allah.

Mereka memang tak mintak, tapi sekali sekala tak salah gembirakan hati mereka. Kann.

Hafizul Hakim
Tips murah rezeki, https://t.me/MrHafizulHakim

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *