1. Bisnes Makanan

Seperti yang kita sedia maklum, rakyat Malaysia amat suka makanan. Asal makanan tersebut sedap dan harganya berbaloi, mereka tidak akan kisah untuk mengeluarkan duit. Anda boleh buat bisnes sampingan dengan menjual burger, air, atau cupcake.

Ia tidak memerlukan modal yang banyak. Pilih tempat-tempat yang strategik seperti sekolah, pasar, karnival dan tempat-tempat tumpuan ramai.

Anda boleh gunakan sos atau resepi buatan sendiri bagi mencari kelainan dan menarik tumpuan pelanggan. Jangan sesekali berniaga di tempat yang banyak persaingan dan jual barangan yang sama.

Sebelum anda mula berniaga, anda boleh meminta orang ramai mencuba makanan anda secara percuma untuk mendapat feedback

Royal Kitchen Sarawak

2. Tudung atau Shawl

Anda boleh dapatkan tudung atau shawl secara borong dari pembekal. Jika anda beli secara pukal, harganya lagi murah.

Pastikan pilihan tudung anda mengikut trend terkini. Anda boleh jualnya di Facebook atau Instagram. Selain itu, harga yang anda tetapkan mestilah mengikut harga pasaran atau murah sedikit dari yang ada di pasaran.

Anda juga boleh tambahkan sedikit details seperti tambah sikit labuci atau manik untuk beri kelainan.

3. Jadi Stokis atau agen

Anda juga boleh menjadi stokis atau agen bagi barangan yang sedia anda dalam perniagaan. Antara barangan yang anda boleh jual ialah wangian, pakaian, tudung, makanan, mekap dan produk kesihatan. Sekiranya anda berminat untuk menjual barangan sebegini, anda perlu gunakan segala media sosial yang ada untuk mempromosikan produk anda.

Anda juga boleh cari dan melantik ‘drop shipper’ yang boleh menjual dan mempromosikan barangan tersebut. Yang penting cari ilmu perniagaan dan pemasaran untuk bantu anda.

Dua lagi idea yang sesuai adalah menjadi cikgu tuition dan buat homestay.