Isteri, rahsia pembuka pintu rezeki suami. Bagi air minuman pun jadi!

Tiap kali saya hadiahkan isteri sesuatu, pasti keesokannya orang yang tak dikenali beli emas. Amaunnya bukan sikit dan jarak kami jauh. Ada dari Johor, Terengganu, Kedah.

Buat sekali memang boleh kata kebetulan. Tapi tiap kali bagi, rezeki muncul dari sumber tak disangka-sangka. Dah tak dapat fikir guna logik akal lagi dah.

Sepertimana perkongsian Ustaz Ebit Lew, bagi 1 dapat 10. Korang yang dah biasa buat mesti tahu kan.

Semalam ingat nak singgah butik Hyat Hijab milik Puan Norhayati Yunus di Bangi. Tapi tak sempat, terpaksa bergegas ke airport. Mendarat je di Lapangan Terbang Kuching, saya terus ke Starbucks beli minuman kegemaran si kekasih hati. Rasa janggal bila tak hadiahkan sesuatu tiap kali ke mana pun saya pergi.

Senyum je dia bila kita hulurkan. Air coklat je pun kan.

Kawan-kawan,

Dalam banyak buku kewangan malah fadhilat sedekah tulis, sedekah adalah pembuka jalan rezeki. Dalam bahasa omputeh selalu guna ayat, “what you give, you’ll get back.”

Orang paling afdal diberi ialah keluarga terdekat terutamanya isteri, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik.

Ringan-ringankan tangan bagi hadiah dengan mereka. Nanti pasti dan pasti ada rezeki yang di ‘unlock’ dari khazanah Illahi. Insha Allah.

Isteri kita memang tak mintak pape pada zahirnya, tapi sekali sekala tak salah gembirakan hati mereka. Kann.

Happy Wife, Happy Life!

Hafizul Hakim
Tips murah rezeki, https://t.me/MrHafizulHakim

Leave a Reply

%d bloggers like this: