public-gold-logo-maroon
Tabung Sempoi, budak universiti pun boleh buat!
Home » Saving  »  Tabung Sempoi, budak universiti pun boleh buat!
Tabung Sempoi, budak universiti pun boleh buat!
"Alaa, susah la menabung ni" "Leceh laa menabung!" Sebenarnya, menabung adalah soal habit. Tak semestinya gaji kecik, impian menabung mustahil. Orang bergaji besar pun pening kepala apabila sentuh part menyimpan ni. Contoh salah satu tabung yang kita boleh buat ialah Tabung Bajet. Tak payah berpasangan, sendiri pun boleh buat. Cuma sediakan balang kosong je!Bermula dari Januari dengan RM10 kemudian penambahan RM20 pada Februari dan seterusnya. Saya tunjukkan dibawah. Januari: RM10 Februari: RM20 March: RM30 April: RM40 May: RM50 June: RM60 July: RM70 Ogos: RM80 September: RM90 Oktober: RM100 November: RM110 December: RM120 Jumlah total tabung sempoi setahun ini adalah RM780! Banyak tu kan! Banyak benda dapat dibeli. Misalnya:
  • Kalau risau dibelanjakan, boleh tukar jadi 1 Dinar Emas (4.25 gram).
  • Jika nak jadi modal bisnes pun boleh.  
  • Kalau saya, dana sebegini lebih kepada reward family. Bawak pergi makan paling sedap dan sebagainya.
Masa mula menyimpan kat mana-mana sekalipun, memang nampak sikit dan tak berbaloi. Apabila sampai penghujung, baru ia nampak sangat besar. Haa sekarang dah bulan Ogos, sepatutnya ada RM360 dalam balang tu! Cuba korang bayangkan 10 tahun konsisten, dah ada RM7,780! Dapat pergi umrah dah. ==== Buku Travelog Emas: Beli Sekarang! Hafizul Hakim Menyimpan itu mudah, kita yang buat susah!