public-gold-logo-maroon
Pantang larang orang bisnes dalam Facebook
Home » Kisah Motivasi  »  Pantang larang orang bisnes dalam Facebook
Pantang larang orang bisnes dalam Facebook
Ada beberapa pesanan yang aku peroleh sepanjang berguru dengan Tuan Khairul Hakimin Muhammad berkenaan facebook. 1. Jangan sesekali tularkan aib orang. Kita nampak mulia, alim dan baik kerana Allah sorok aib kita pada orang lain. Boleh menegur tetapi bukan cara menghina. Fokus kepada kesalahan yang dilakukan untuk diperbaiki, bukannya menyerang orang tersebut. Perkara yang sama mungkin berlaku pada diri kita sendiri satu hari nanti. Andai perkara ditular itu fitnah, kesannya lebih dasyat di sana nanti. Tak suka sekali pun, tak perlu lah nak tekan 'SHARE'. 2. Berdakwah, jangan menyakiti. Kita masuk syurga biar beramai-ramai. Jangan seorang diri. Ketika berdakwah, biarlah orang seronok cintakan agama kerana dakwah kita. Jangan biarkan orang jauh dari agama kerana cara dakwah kita yang salah. Tulis dengan kata-kata hikmah, santai dan beradap. Mendidik jangan menghentam. Mengajar, jangan berkurang ajar. 3. Sebelum komen, fikir dahulu. Komen dan tulisan kita akan diterbitkan sebagai buku saham buruk dan baik. Malaikat akan catat hasil penulisan masing-masing. Jangan menyakiti hati orang dengan komen kita. "Ala, bajet bagus la tu." "Awak tu bukan baik sangat!" "Perasan hensem, muka macam belakang pintu." 4. Berkawan elok-elok. Jadikan Facebook tempat berkawan dan dapat ilmu yang bermanfaat. Korang follow orang dibawah yang punya 100 Ribu Followers ni kalau wall facebook anda dah mula jadi bosan dan penuh dengan benda negatif a) Tuan Khairul Hakimin Muhammad - Content Facebook b) Dr Azizul Azli Ahmad dan Harith Faisal- Tips Hartanah c) Dr Taufiq Razif - Tips Parenting d) Cikgu Mohd Fadli Salleh - Tips Matematik e) Khairul Ezuwan - TIps Kewangan dan Keluarga f) Hafizul Hakim - Tips Simpanan Emas Fizikal (Tak sampai pun 15,000 followers lagi). 5. Jaga maruah diri. Ada banyak jenis orang. Lelaki, perempuan berkumpul di dalamnya. Pandai-pandailah, jangan sampai tercalar maruah. Bergurau, tak perlu sampai penghormatan orang lain kepada diri kita pupus. Begitulah. Hafizul Hakim Pesanan khidmat Masyarakat.