Suka untuk saya untuk berkongsi beberapa tips umrah yang insyaAllah boleh dijadikan panduan.
1. Pakej umrah yang munasabah bermula dari sekitar RM5,000. Jika ada yang kurang dari itu, mungkin sekitar RM200 ke RM300 saja untuk pakej umrah murah menaiki kapal terbang tambang murah. Jika murah dari itu, hati-hati!
2. Pakej umrah ekonomi yang selesa adalah bermula dari sekitar RM6,000. Jika kurang dari itu, mungkin sekitar RM500 dan yang membezakannya adalah jarak hotel dengan masjid.
3. Pakej yang selesa dan selamat saya cadangkan bermula dari RM6,500 dan ke atas. Kapal terbang yang baik, hotel yang agak dekat dan isi pakej umrah akan memuaskan hati.
4. Biasanya murah mahal harga pakej ditentukan oleh syarikat penerbangan, jarak hotel dan pengisian aktiviti pakej umrah.
5. Ada syarikat yang menawarkan umrah setiap hari selain dari ziarah. Tetapi kebanyakannya hanya menawarkan 3 kali umrah termasuk kali pertama yang wajib.
6. Jangan terlalu taksub dengan harga pakej yang murah kerana anda akan menyesal disebabkan jarak hotel yang terlalu jauh.
7. Jangan mudah terperdaya dengan kononnya ada pakej yang bayar separuh-ditaja separuh kerana secara logiknya ia hampir kepada sindiket yang akan mengecewakan anda.
8. Jika ada yang menawarkan tajaan seperti itu, maka sebaiknya berurusan secara langsung dengan tuan badan (penaja), bukan dengan orang tengah dan sebagainya.
9. Tetapi mengikut pengalaman saya, tidak ada orang yang begitu bermurah hati untuk menaja umrah kepada beratus-ratus (dalam kes kewan saya di atas 2,400 orang) jemaah. Pasti ada udang yang tersembunyi di sebalik batu.
10. Daftar terus pakej umrah dengan syarikat travel yang bertauliah dan punya reputasi tinggi. Anda juga boleh mendaftar dengan mutawwif yang mewakili syarikat travel yang tertentu untuk mengelakkan dari terlibat dengan kes penipuan.
Ingin lebih banyak tips umrah? InsyaAllah saya akan kongsikan dari masa ke semasa.
Hafizul Hakim