Umur 23, tak sampai setahun berjaya simpan 25 gram emas!

“Salam Tuan, ingat saya lagi tak? B****ka, saya buka akaun emas Public Gold. Tuan sebagai introducer. Alhamdulillah sekarang saya dah ada lebih dari 25 gram emas!”

Kat gambar bawah dalam bahasa Sarawak. Saya ‘translate’ bagi mudah semua orang faham. Cik B***ka ni muda lagi, baru 23 tahun. Status single kot, lupa tanya.

Seingat saya dia mula simpan emas tahun lepas. Azamnya nak simpan 1 gram setiap bulan. Tapi yang memeranjatkan, kurang dari setahun beliau berjaya menyimpan lebih 25 gram emas!

Pendapatan hasil bisnes online dengan menjual baju kurung cotton. Dia tukar sebahagian dari keuntungan dalam bentuk emas. Tiap bulan simpan 2-3 gram emas.

Kalau tak jadi emas katanya duit untung akan hilang tanpa jejak. Masalah utama orang-orang muda.

Sasaran seterusnya dia nak target 50 gram, seterusnya 100 gram pada penghujung tahun depan.

Buku #TravelogEmas banyak bantu beliau dalam cara menetapkan matlamat. Bukan angan-angan. Kini beliau lebih semangat untuk memajukan bisnes baju kurungnya, disamping mempertingkatkan simpanan untuk masa depan.

Tujuan mengumpul emas ini sebagai modal beli rumah sendiri katanya. Saya doakan agar bisnesnya semakin maju dan berjaya capai matlamat ditetapkan. Moga sukses, amin!

Jika anda buat Standing Instruction (SI) ke akaun emas Public Gold setiap bulan, anda bakal memenangi pakej percutian umrah PERCUMA.

Hafizul Hakim
Umur 23 tahun saya belum ada simpanan!

2 comments

Leave a Reply