public-gold-logo-maroon
Cara Tulis Surat Rayuan Haji Jika Berhajat Pergi Bersama Pasangan, Ibu Bapa Atau Anak
Home » Travelog Haji  »  Cara Tulis Surat Rayuan Haji Jika Berhajat Pergi Bersama Pasangan, Ibu Bapa Atau Anak
Cara Tulis Surat Rayuan Haji Jika Berhajat Pergi Bersama Pasangan, Ibu Bapa Atau Anak
Setiap muslimin dan muslimat pastinya menanam hasrat untuk menunaikan haji yakni Rukun Islam kelima. Kalau boleh bersama dengan pasangan, kedua orang tua mahu pun anak. Namun begitu rezeki untuk menjejakkan kaki sebagai tetamu Allah ini tidak sama. Sebagai contoh ada isteri yang dapat surat panggilan dari Tabung Haji terlebih dahulu dari suami. Ada juga anak yang berhajat pergi bersama ibu tapi tidak mendapat surat tawaran haji sedangkan ibunya beroleh surat tawaran tersebut. Dalam hal ini, ada usaha yang boleh dilakukan oleh pasangan atau anak yang tidak mendapat tawaran menunaikan haji bersama. Mereka sebenarnya boleh menulis surat rayuan kepada Tabung Haji. Contoh surat rayuan ini dikongsikan Hafizul Hakim di facebook yang mendapat tawaran menunaikan haji selepas menghantar surat rayuan menunaikan haji untuk menemani isteri. CONTOH SURAT RAYUAN PERGI HAJI 1. Atas permintaan ramai, saya share surat rayuan haji yang telah saya hantar kepada Tabung Haji pada 29 Januari 2019 sebagai mahram isteri. Alhamdulillah, saya telah dapat surat tawaran haji pada Jumaat lepas 22 March 2019. Mudahan asbab perkongsian ini memudahkan urusan kami pergi haji bulan Julai nanti insha Allah. 2. Untuk posting ini saya sertakan dua contoh iaitu:
  • Surat Rayuan suami sebagai mahram (isteri telah dapat tawaran).
  • Surat Rayuan suami isteri belum dapat surat tawaran. Anak-anak juga boleh menaip ikut format ini untuk ibu bapa mereka.
3. Surat saya simple je. Semoga menjadi panduan buat kawan-kawan semua ya. Perkara paling penting perlu disediakan semasa menaip surat: a. Nombor Daftar Haji. Ada ditulis pada surat daftar haji. Kalau tak ingat, anda boleh hubungi Tabung Haji +603-62071919 atau emailkan ke th-info@lth.gov.my. Beritahu nak nombor daftar haji. b. Kalau belum daftar haji, sila daftar dulu sama ada di Tabung Haji atau melalui perkongsian saya lepas. Baca sini: https://www.facebook.com/590569571/posts/10159137584894572?sfns=mo Link Tabung Haji: https://www.tabunghaji.gov.my/…/maklum…/pendaftaran-haji-off c. Yang ada KWSP attach sekali salinan penyata terkini akaun. Mengapa info ini diperlukan? Klik https://www.facebook.com/590569571/posts/10159206886629572?sfns=mo 4. Kemudian surat ini dihantar secara fizikal ke pejabat Tabung Haji terdekat dan hantar salinan pdf ke alamat email Tabung Haji di atas. Baik, boleh lihat contoh surat saya dan mula menaip sekarang. Surat Rayuan Mahram Contoh surat rayuan haji kedua-dua suami isteri atau untuk ibu bapa. Ini untuk mereka yang hendak merayu pergi menunaikan haji lebih awal dari dijadualkan. 5. Surat ini cuma asbab selebihnya kita berdoa bersungguh-sungguh. Tiap malam kita doa solat tahajud dan buat solat hajat setiap malam minta Allah SWT pilih kita. Saya doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat ya! Aamin. Silakan #SHARE untuk panduan masing-masing. Nanti senang nak taip surat. #Nota: Untuk rayuan haji tahun 2019 telah tutup. Format ini untuk permohonan korang pada tahun 2020, tarikh tutup 1 Rejab tahun depan. Download: Contoh Surat Rayuan (format microsoft word) Hafizul Hakim #TravelogHaji