public-gold-logo-maroon
7 nafkah suami mesti sediakan untuk isteri
Home » Kisah Motivasi  »  7 nafkah suami mesti sediakan untuk isteri
7 nafkah suami mesti sediakan untuk isteri
Masa kini ramai isteri bekerja dengan niat ringankan beban suami. Pun begitu keperluan memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab suami. Masa nikah memang digalakkan dipermudahkan. Tapi itu bukan maksudnya soal nafkah pun kita nak pandang enteng jugak. Kita tak boleh kata,
"Owh isteri aku ada kerja. So, tak perlu lah aku bagi duit bulan-bulan. You, you dan I, I"
Nafkah mereka sebagai isteri mesti ditunaikan walau pendapatan mereka lebih tinggi dari kita. Ada isteri yang tidak diberi nafkah langsung oleh suami disebabkan:
  1. suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana isterinya berkerja dan punyai wang sendiri.
  2. suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana isterinya bergaji lebih besar.
  3. suami perlu tanggung keluarganya sendiri (ibubapa, adik beradik), jadi wang gajinya tidak cukup untuk diberikan kepada isteri.
  4. tidak ada ilmu tentang rumahtangga dan tidak mahu belajar tentangnya. Take for granted.
Ini silap besar sahabatku. Wahai para suami, bacakan ini. Ada 7 jenis nafkah yang wajib kita beri kepada isteri iaitu: 1. Menyediakan rumah dan keperluan rumah. Tak kira lah rumah sewa atau beli sendiri, asalkan mengikut kemampuan suami. Kalau suami mampu beli rumah teres sahaja untuk isteri, ia jauh lebih baik dari rumah banglo atas bukit yang dibeli isteri. 2. Makan Minum Ramai isteri yang berkerja membeli barang makanan minuman dengan duit gajinya sendiri. Puan, gunakan duit belanja dapur yang diberikan suami. Jika tak cukup, barulah top up dengan duit gaji puan. Jangan ambil hak suami iaitu hak untuk dia bagi nafkah makan minum. Kalau suami puan mampu beli kangkung dan ikan kembung, makanlah itu. Berkat insyaAllah. Suami beri nafkah wang walaupun sedikit untuk makan minum isteri, anak setiap bulan. Kalau mampu RM100 pun, itulah yang perlu diberikan. Beritahu pada isteri, “Ini yang abang mampu, kalau ada rezeki lebih, abang akan tambah.” Isteri, hargailah keikhlasan suamimu itu. 3. Pakaian Wajib beli 2 persalinan setiap tahun. Belilah jubah longgar dan pakaian menutup aurat kepada isteri. Kita dapat pahala sebab sediakan pakaian ikut syariat. Isteri pun dapat kebaikan sebab jaga aurat ikut syariat. Suami dipertanggungjawabkan atas dosa yang mereka lakukan di dunia ini. Isteri, kena faham dan tahu. Kami bukan hanya pikul tanggungjawab nafkah zahir tapi dosa kamu juga kami pikul. Ini perkara paling sweet yang banyak isteri lupa. Justeru, tanam azam dalam diri untuk ikut suruhan dan tinggalkan perkara dilarang oleh baginda Rasulullah saw. Bukan pasal ikhlas atau tak ikhlas. Masa dicabut nyawa takde tanya ikhlas tak nak mati. Hehe! 4. Perubatan Kalau isteri sakit, suami perlu bawa isteri jumpa doktor dan biayai perbelanjaan ini. Kalau zaman sekarang, takaful untuk isteri dan anak-anak perlu disediakan oleh suami. 5. Perhiasan Wanita memang tidak asing dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri. Encik A selalu beli perhiasan untuk isterinya. Dia belikan mengikut taste nyaz Katanya, "Isteri ini adalah perhiasan untuk suami. Mestilah saya beli perhiasan mengikut taste saya supaya menyejukkan mata dan hati saya. Barulah isteri saya dapat pahala, saya pun dapat pahala.” Isteri pula, kalau suami mampu beli Zhulian, pakailah. Jangan minta diluar kemampuan suami pula. 6. Pembantu Kalau isteri biasa ada pembantu rumah sebelum berkahwin, suami mesti menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin. Zaman sekarang ini kalau suami tak mampu, cukuplah sediakan wang untuk penjagaan anak dan paling penting sekali pembantu semasa isteri berpantang selepas melahirkan anak. 7. Peralatan mandian Jangan gelak! Iya, sabun mandi dan syampu rambut itu termasuk dalam nafkah ye. Jangan ambil ringan! Wahai suami isteri sekalian, suami wajib bagi nafkah pada isteri dan anak anak. Ini adalah ajaran Islam dan kita patut mengikutnya. Sebab apa? Supaya ada keberkatan dalam rumah tangga. Bila ada keberkatan, harmoni dan sejahteralah rumah tangga itu. Begitulah. Ilmu agama dan dunia juga sebenarnya tanggungjawab suami. Ramai terlepas pandang. Kalau isteri nak belajar mengaji al-Quran, belajar memasak jangan dihalang. Kita sokong dan belikan buku untuk mereka. Saya doakan agar diri saya dapat memenuhi keperluan keluarga dan anda yang membacanya sehingga ke ayat ini beroleh kebaikan yang sama. Aamin! Hafizul Hakim Lebih banyak tips kekeluargaan di Channel Telegram saya, klik: https://t.me/MrHafizulHakim