public-gold-logo-maroon
Buku Travelog Emas terima dana geran RM10,000 dari Perpustakaan Negara Malaysia 2019.
Home » Tips Simpanan Emas  »  Buku Travelog Emas terima dana geran RM10,000 dari Perpustakaan Negara Malaysia 2019.
Buku Travelog Emas terima dana geran RM10,000 dari Perpustakaan Negara Malaysia 2019.
12 June 2019 Tadi masa pulang dari kerja, hujan turun sangat lebat. Aku berhenti di kedai berdekatan. Tunggu reda sikit baru pulang. Tiba-tiba henfon berdering lagu tema drama ‘Resurrection Ertugrul’, nombor tak dikenali. Cewah bunyi dah macam novel je aku tulis ni. “Assalamualaikum Encik Hafizul, saya Raihan dari Perpustakaan Negara Malaysia. Ini berkenaan dengan buku Travelog Emas yang encik tulis. Saya ada whatsapp tapi Encik tak reply.” “Waalaikumsalam, maaf saya atas motosikal tadi. Kenapa ya. Salinan 5 buah buku saya tu belum diterima ke?” jawabku. Aku risau, ini syarat ditetapkan masa nak dapatkan nombor siri ISBN. Mesti hantar masa siap cetakan pertama dulu. Silap-silap kena hukuman masuk penjara ke apa. Huhu! Sayang la muka hensem tapi masuk jail. Sempat pulak aku fikir macam ni. Kah kah! “Eh bukan encik! Kami baru je bermesyuarat tadi. Ahli jawatankuasa dan panel pemilihan Perpustakaan Malaysia sebulat suara memilih buku Travelog Emas untuk dapat Geran Penulis. Tahniah Encik Hafizul!” jawab Cik Puan Raihan. “Eh, dana tu memang saya ‘apply’ ke sebelum ni? Tak pernah terfikir ada wujud geran macam ni.” aku skeptikal sikit. Ye la, first time tulis buku mana tahu wujud benda ni. “Iya encik. Ada memang lama dah wujud. Setiap tahun ada. Kami akan hantar surat rasmi untuk membeli 507 buah buku dan akan diedarkan ke seluruh perpustakaan di Malaysia. Tahniah! Nanti SMS/Whatsapp saya maklumat berikut..” ============ Selepas empat bulan baru ada masa untuk tulis dan update dalam website sendiri. Ya Allah. Syukur alhamdulillah! Terima kasih buat isteriku Aliffa Rafini Abdullah kerana mendorong untuk siapkan buku ni siap cepat. Pelukan khusus untuk Tuan Khairul Hakimin Muhammad sebab bagi saya tunjuk ajar menulis dengan baik. Juga atas kata-kata galakan dari pengasas Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng dan guru Encik Syukor Hashim.
Dato' Wira Louis Ng menulis kata-kata semangat pada buku yang saya akan frame dalam kaca. Momen ini dicapture di Ljubljana, Slovenia semasa trip di negara Balkan baru-baru ini.
 
"Consistent, Persistence and Focus!" Dato' Wira Louis Ng
  Jutaan terima kasih kepada pembaca-pembaca buku Travelog Emas. Masih menggigil menaip ni. Sejuk yakmat hari hujan. Huhu! Baru niat hadiahkan isteri untuk dia beli sendiri hadiah harijadi. Tuhan bagi aku rezeki yang tidak disangka-sangka. Update:  507 buah buku telah dihantar ke Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur pada 18 Julai 2019. Untuk pembelian buku Travelog Emas secara pukal (Gandaan 10 buah), sila klik link bawah: BELI TRAVELOG EMAS 10 BUAH HARGA SPECIAL! BELI TRAVELOG EMAS 10 BUAH HARGA SPECIAL! BELI TRAVELOG EMAS 10 BUAH HARGA SPECIAL! Alhamdulillah! Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta Travelog Emas!