Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah:
- Jumlah permintaan terhadap emas
- Jumlah penawaran emas di dalam pasaran.
Jadi, dua perkara di atas ini yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com.
Bagaimana harga emas harian dibuka?Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu:
- Barclays Capital
- Societe General
- HSBC Bank
- Scotia Mocatta
- Deutsche Bank.
Semoga ilmu ini bermanfaat. Insha Allah.
Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
Link Telegram: Join Channel Hafizul Hakim