public-gold-logo-maroon
Lelaki ini tunjuk cara langsaikan hutang rumah 9 tahun lebih awal dari sepatutnya! Rugi korang tak baca.
Home » Tips Pelaburan Hartanah  »  Lelaki ini tunjuk cara langsaikan hutang rumah 9 tahun lebih awal dari sepatutnya! Rugi korang tak baca.
Lelaki ini tunjuk cara langsaikan hutang rumah 9 tahun lebih awal dari sepatutnya! Rugi korang tak baca.
Seandainya dapat kerja umur 25 tahun. Ada sebuah kereta dan rumah.
  • Umur 34 tahun: Loan kereta dah habis.
  • Umur 55 tahun: Loan rumah dah settle.
Dengan andaian, bayar ikut jadual pembayaran yang ditetapkan. Jadi, dari umur 34 sehingga 55 tahun kita ada tempoh cukup panjang hasil lebihan bayaran loan kereta untuk simpanan. Ada orang guna strategi selesaikan hutang lebih awal dari sepatutnya. Supaya masa pencen nanti ada simpanan cukup, tak pening fikir tentang hutang. Okay, disini saya nak kongsikan salah satu matlamat saya iaitu untuk bayar loan rumah dengan cara pantas.
“Awak nak tahu cara langsaikan hutang rumah 9 tahun lebih awal dari sepatutnya?”
1. Bayaran ansuran rumah dua tingkat intermediate saya adalah RM1,440 sebulan selama 30 tahun. 2. Jika saya bayar ekstra RM150 tiap bulan , pinjaman rumah dapat dilangsaikan 50 bulan lebih awal (atau 4 tahun) dari dijadualkan. Penjimatan interest sebanyak RM25,724.00+. Rujuk gambarajah bawah ini: 3. Rujuk gambar bawah. Penjimatan masa 4 tahun itu nanti, saya plan simpan kaw-kaw nak pencen dengan tenang! Pergh! Ini baru RM150 sebulan, lebih kurang RM1,800 setahun.
Nota: Kita pergi kaunter bank dan bagitau nak bayar prinsipal pinjaman rumah RM1,800 lamsam. Bank tak terima kalau kita bayar sikit-sikit. Minima adalah RM1,000.
4. Kalau anda ada ekstra tunai. Nak bayar lebihan RM400 sebulan, maka dalam setahun ada jumlah terkumpul RM4,800. Kalau bayar prinsipal pinjaman rumah sebanyak RM4,800 setiap tahun, ia akan percepatkan tempoh bayaran selama 107 bulan. Kurang lebih 9 tahun!  Penjimatan interest sebanyak RM54,362.00+.  5. Ini tak masuk lagi bab pengeluaran akaun II KWSP dikeluarkan untuk bayar prinsipal pinjaman rumah. Seronok tau kalau pinjaman rumah selesai awal. Kita boleh penuhkan dana pencen seawal mungkin. Abang ipar saya yang bekerja di Bank Islam pesan, “Bayaran lebih ini ko bayar di kaunter bank (minima RM1,000). Beritahu untuk kurangkan prinsipal pinjaman rumah. Nanti ada ‘tagging’ dalam sistem, kurangkan kiraan interest tahun seterusnya.” 7. Paling penting, kita kena tahu pinjaman rumah guna kaedah bayaran flexi atau tidak. Kalau guna basic term loan, tak boleh buat macam ni. ===== Silakan #SHARE kat kenalan korang yang tengah merancang nak beli rumah tu. Kalau nak tahu status pinjaman rumah, boleh call je bank esok. Apps EZ Loan ini boleh dimuat turun di Apps Store dan Android. Hafizul Hakim Menteri Kewangan Famili sendiri.