Menabung adalah satu amalan menyimpan sebahagian wang untuk kegunaan di masa depan. Sebenarnya, banyak teknik menabung dengan cara mudah dan boleh dipraktikkan bagi korang yang liat menyimpan wang.
1 – Mereka selalu tangguh sehari sebelum nak beli sesuatu.
Tujuannya untuk melihat samaada itu kehendak atau keperluan. Jika hari berikutnya masih tak rasa keperluan untuk beli mereka 'cancel' terus. Tak jadi beli.
2 – Sentiasa elak dari berhutang
Belanja ikut kemampuan bukan keupayaan untuk berhutang. Ukur tunai di dompet sendiri bukan dompet orang lain.
4 – Labur pada sesuatu yang boleh bantu naikkan pendapatan bukan naikkan imej
Imej segak tapi pendapatan sengkek pun tak bermakna. Contoh pelaburan yang bagus ialah ilmu. Bila ilmu ada, duduk rumah pun boleh jana pendapatan. Mengeluarkan ratusan ringgit demi secebis ilmu adalah sesuatu yang sangat berbaloi!
Cabar diri buat benda baru
5 – Tak buang masa buat sesuatu yang dia tak mahir
Kalau tak mahir buat sesuatu, upah je orang lain buat jika boleh jimatkan masa dan kurangkan mental distress. Duit boleh cari tapi masa tak ada di jual kat mana-mana.
9 – Work hard and play hard
Prinsip orang kaya tak ada istilah ada rezeki dapat kalau tak ada rezeki tak dapat. Mereka buat sungguh sungguh, kalau main pun main sungguh sungguh.
10 – Boleh kawal keinginan untuk berbelanja
“Self Control” mereka tinggi sebab itu mereka boleh ada displin dan kawal keingginan untuk berbelanja walaupun duit banyak.
11 – Value wang tak terletak pada nilai
Orang kaya tak pernah nampak value wang tu terletak pada berapa nilai wang tersebut sebaliknya value sebenar adalah pada manfaat yang mereka akan dapat dari wang tu. Kadang kadang manfaat yang tinggi boleh dapat dengan nilai wang yang kecil je.
12 – Orang kaya sayang setiap benda yang dia beli
Orang kaya tak pernah membazir. Mereka sentiasa sayang pada apa sahaja yang di beli. Mereka tak pernah buang apa yang di beli!
Semoga kita bebas hutang dan punya simpanan yang banyak!
- Belanja ikut kemampuan

Kalau beli sesuatu dan terpaksa berhutang, itu maksudnya anda tak mampu!3 – Displin mengurus kewangan dan ikut 50/30/20 rules Duit ni berhantu. Jadi kalau tak nak hidup dalam ketakutan kena ada displin yang kuat. Sentiasa ikut 50/30/20 rules untuk berbelanja. 50% untuk belanja, 30% pelaburan diri manakala 20% simpanan masa hadapan.


Kalau tak pandai buat website, tapi ada duit. Upah je Hafizul Hakim buat. Haa ini contoh!6 – Utamakan pengalaman hidup berbanding pengalaman gembira Tak takut untuk keluar dari “Zon Selesa” dan cabar diri buat sesuatu yang baru. Ini cara orang kaya sentiasa 'upgrade' hidup mereka. 7 – Hutang, bil dan komitmen selalu di utamakan sebelum berbelanja Dapat gaji terus simpan. Ini disebut pay yourself first. Kemudian baru bayar hutang, bil dan komitmen. Ada baki baru fikir untuk belanja. Belanja boleh tunggu, tapi hutang kalau tak bayar ada interest. 8 – Rancang pembelian setahun Orang kaya tak membeli ikut nafsu sebaliknya mereka membeli ikut perancangan. Dari awal tahun lagi mereka dah rancang nak beli apa, kenapa nak beli, di mana nak beli dan masa bila nak beli. Dah siap kalender “sales” setahun tau!
Kawal keinginan untuk berbelanja
