Terbaharu, sedutan babak lagu tersebut telah dikongsikan di laman YouTube Ejen Ali dan anda pasti akan berasa teruja untuk menontonnya. Setelah menontonnya, anda akan berasa seperti ingin menonton filem Ejen Ali lagi di pawagam.
Rata-rata netizen cukup gembira apabila babak lagu tersebut dikongsikan. Malah, ada yang mengatakan bahawa babak ini berjaya membuat mereka gelak dalam pawagam.
Apa tunggu lagi? Bertindak segera tonton filem ini di pawagam jika anda belum tonton ia. Pada hari pertama sahaja filem ini sudah berjaya raih RM1.86 juta.