public-gold-logo-maroon
Apa beza ketulenan emas 24 karat, 22 karat dan 18 karat?
Home » Tips Simpanan Emas  »  Apa beza ketulenan emas 24 karat, 22 karat dan 18 karat?
Apa beza ketulenan emas 24 karat, 22 karat dan 18 karat?
Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan, namun yang paling popular di seluruh dunia adalah emas 24k, 22k dan 18k. Di Malaysia, emas 24k dikenali sebagai emas 999, emas 22k dikenali sebagai emas 916 dan emas 18k pula sebagai emas 750. Berikut adalah carta kategori ketulenan emas yang ada: Info: Emas yang dibawah paras 18 karat tidak diterima untuk gadaian di Ar-Rahnu. Mudah nak faham, emas putih tak diterima untuk gadaian. Sebab kandungan emas terlalu sedikit.
Sebab itu di Ar-Rahnu cuma ada nilai gadaian setakat 18 karat sahaja.
Emas 24 Karat atau 999 / 999.9  Emas 24K juga dipanggil dengan nama emas tulen atau emas 99.99%. Ini bermakna bahawa kesemua 24 bahagian dalam emas ini adalah emas tulen tanpa sebarang campuran logam lain. Untuk pengetahuan, goldbar dan dinar emas Public Gold kesemuanya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Dan paling penting ianya telah diuji dan disahkan oleh Certified Assayer.  Dari segi nilai, semestinya ianya lebih tinggi jika dibandingkan dengan emas 916.
Goldbar
Dinar Emas
Emas 22 Karat atau 916  Emas 22K pula menunjukkan bahawa 22 bahagian emas ini adalah emas tulen, manakala baki 2 lagi adalah campuran dari logam lain. Jenis emas ini biasanya digunakan dalam pembuatan barang kemas. Dalam kandungan emas berketulenan 22K, hanya 91.67% adalah emas tulen. Manakala 8.33% lain terdiri daripada logam lain seperti perak, tembaga, zink, nikel dan aloi lain. Tujuannya supaya material lebih kukuh dan tak mudah putus atau patah. Campuran logam lain juga menyebabkan ada perbezaan dari segi warna emas. Haa gitu. Public Gold juga ada menjual emas berketulenan 22 karat atau 916, dikenali sebagai Public Jewellery. Emas 18 karat atau 750 Emas 18K adalah 75% emas yang dicampurkan dengan 25% logam lain seperti tembaga atau perak. Biasanya barang kemas yang bertatahkan berlian diperbuat dengan emas 18K. Emas lebih murah berbanding emas 24K dan 22K. Emas 18K atau 750 ini mempunyai warna emas yang sedikit pudar. Untuk mengecam emas 18K adalah mudah, iaitu dengan melihat ia dicop dengan 18K. Kadang-kala, emas 18K ditandakan dengan 750, 0.75 atau cop yang serupa dengannya untuk melambangkan bahawa barang kemas mengandungi 75% emas. Public Gold juga ada menjual perhiasan emas 18 karat dikenali dengan Aurora Italia. Bagaimana kehalusan emas dikira? Di negara Barat, karat disebut sebagai 'purity'. Contohnya, emas 24K dinyatakan sebagai 1,000 bahagian daripada 1,000 ketulenan, atau kehalusan 1.000. Dan ia dijadikan penanda aras bagi emas-emas lain, seperti di bawah:
  • Emas 22K = 22 / 24 * 1.000 = 0.9166
  • Emas 21K = 21 / 24 * 1.000 = 0.875
  • Emas 18K = 18 / 24 * 1.000 = 0.750
Warna emas lain boleh dihasilkan dengan mengubah komposisi aloi dalam pembuatan barang kemas, seperti dibawah: 1. Emas merah jambu atau emas Rose - Dihasilkan dengan menambahkan lebih banyak tembaga dalam komposisi aloi emas. 2. Emas Hijau - Dihasilkan dengan menambahkan lebih banyak zink dan perak 3. Emas putih - Dihasilkan dengan menambah nikel atau palladium Emas 24 karat mengandungi 24 bahagian tulen. Emas 22 karat mengandungi 22 bahagian tulen dan dua lagi logam ditambah sebagai aloi.