70% dari penyimpan akaun emas GAP Public Gold tujuannya untuk kumpul simpanan dana kecemasan mereka. Kenapa simpan dalam bentuk emas, tak biar dalam bentuk wang tunai?

Dalam jangka masa panjang nilai emas naik lebih tinggi. Selain itu, emosi simpan emas lebih selamat. Kalau dalam akaun bank atau bentuk wang tunai – memang akan ada bisikan-bisikan halus sampai ke telinga. Suruh belanja atau gunakan dulu dana kecemasan.

Macam mana nak kira berapa gram perlu dikumpul?

Katakan gaji pokok sebulan RM2,000. Kalau dibahagi dengan RM200 (andaikan harga segram emas), maka gaji bulanan bersamaan dengan 10 gram.

Jadi, 3 bulan gaji bersamaan 30 gram emas. Justeru, terpulang pada dia nak simpan 1g sebulan ke atau 2g sebulan. Matlamatnya ialah kumpul 30 gram dulu.

Untuk bisnes juga sama, tapi amaun yang selamat ialah minima 6 bulan pendapatan sebulan. Kenapa berbeza? Kekadang dalam bisnes, payment period lepas 2 bulan baru dapat dari klien. Haa begitu.

Kenapa perlu tukar jadi emas?

Tengok graf bawah. Hari dah nak masuk tahun 2020, harga segram emas dah RM210. Lebih dari 100% kenaikan dari tahun 2010.

Saya sendiri simpan 100 gram emas sebagai dana kecemasan pada tahun 2012. Pada waktu itu harga nya sekitar RM13,000 sahaja. Dan gaji bulanan saya sekitar RM4,000 sebulan.

Hari ini 17/02/2020 – harga 100 gram yang sama dah naik sangat tinggi iaitu RM21,833. Perlu ke saya nak jual? Taklah. Belum diperlukan jadi buat apa nak jual.

Harga 100 gram pada 31 Oktober 2020 terus naik tinggi:

Ini adalah salah satu contoh matlamat orang simpan emas buat. Anda juga sama?

Tahniah.

Haji Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
Master Dealer anda yang boleh tahan kacak!

Telegram Channel Rasmi: https://t.me/MrHafizulHakim

(dikemaskini pada 31 Oktober 2020)