Read Time:1 Minute, 8 Second
"Kalau ada duit lebih, simpan emas. Simpan dalam bentuk emas. Jangan simpan banyak dalam bentuk tunai"Rupanya bukan sebab nak suruh jadi kaya atau gilakan harta. Dulu tak faham. Orang dulu beli emas sebab mereka telah melalui 2 fasa:
1. Fasa zaman penjajahan Jepun & BritishSetiap kali bertukar penjajahan (British/Jepun/Britis) nilai duit mereka simpan jadi KOSONG. Tiada nilai terus! Tak boleh diguna langsung. Tak laku. Tiba-tiba duit simpanan tak boleh guna dah. Tepuk dahi!
2. Mereka melalui fasa inflasi.Zaman mereka dulu-dulu dengan 1 sen mereka dapat buat macam-macam misalnya dlm filem P Ramlee, boleh jadi tambang beca. Pergi sekolah - bawa 20 sen untuk bekal dapat beli nasi lemak dengan ayam, air sirap malah ada lebih untuk beli gula-gula. Hari ini untuk dapat benda yang sama kita kena bayar lebih. Dan keadaan seperti ini (kenaikan harga) tidak akan berhenti. Akan jadi semakin mahal kerana nilai duit semakin merosot!


Average Rating