“Emak menangis selepas melihat ulat jatuh dari poket baju saya ketika membasuh. Masa itu saya bekerja sebagai pengutip
sampah di bawah syarikat kontraktor pembersihan selama 6 bulan di Kem TUDM Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan.”
1. Waktu itu Muhammad Azlan Al-Amin, baru tamat tingkatan enam. Dan kini merupakan peneraju Syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd. Kini gah punya hartanah bernilai hampir RM50 juta!
2.
Turning point dalam hidupnya berubah dari pengutip sampah kepada jutawan selepas emaknya menangis dan mendoakan agar hidup anak kesayangan berubah. The power of doa!
Tiada hijab doa dari seorang ibu terhadap seorang anak! Alangkah ruginya jika tidak minta doa dari ibu-ibu kita.
3. Beliau merantau dan bermentor dengan Cikgu Halim Md Saman dalam bidang hartanah. Bantu jualkan tanah pertama dan dapat komisen sebanyak RM4,000!
Beliau terus bersemangat dan ‘within 6 month’ berjaya raih pendapatan sebanyak RM500,000. Disini kita lihat, proses beliau untuk berjaya bermula dengan ILMU.
Berguru dengan orang yang berpengalaman dan tahu selok belok berjuang dalam bidang hartanah.
4. Sumber inspirasi ada dua orang. Yang pertama ialah ibunya. Doa bertaraf wali, makbul disisi Allah. Pesan ibu, jaga solat, baca quran serta jujur dan amanah.
Yang kedua ialah isterinya. Kepercayaan diberikan kepada suami sepanjang menuntut ilmu dan berurusan dengan orang. Sentiasa bersangka baik pada suaminya.
5. Ada tujuh amalan murah rezeki dikongsikan oleh Tuan Azlan yang menjadi asbab rezekinya melimpah ruah dan boleh dijadikan panduan;
✅ Jaga Kebajikan Mak Ayah & Keluarga
“Antara amalannya ialah saya betul-betul menjaga kebajikan mak ayah saya serta keluarga terdekat.”
✅ Tak Tinggalkan Al-Quran
“Keduanya saya tak tinggalkan Al Quran walaupun dalam satu hari dalam hidup saya.”
✅ Istiqamah Bersedekah
“Ketiga, saya istiqamah dengan amalan bersedekah tak kira sikit atau banyak, tapi boleh dikatakan sebagai kewajipan setiap hari.”
✅ Rutin Solat Sunat Dhuha
“Keempat saya sentiasa amalkan solat Sunat Dhuha, boleh dikatakan sebagai rutin mesti buat setiap hari.”
✅ Berbaik Sangka
“Kelima, berbaik sangka dengan semua orang.”
✅ Jaga Silahturahim
“Keenam, saya panjangkan silahturahim. Hadir ke jemputan kenduri atau majlis.”
✅ Bersikap Pemaaf
“Ketujuh saya bersikap pemaaf tak kira kawan atau lawan.”
Kawan-kawan,
Rezeki Allah sangat luas. Pintu langit tak pernah tertutup mendengar doa-doa kita. Kesukaran, kesusahan dalam fasa kegagalan anggapkan sebagai ujian.
Teruslah berdoa, belajar dan berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan pasti muncul satu hari nanti.
Kisah inspirasi sebegini memang kita perlu cari dan selami. Sepertimana filem lakonan Will Smith yang tidak asing lagi iaitu
The Pursuit of Happyness. Kisah seorang bapak membesarkan seorang anak dalam keadaan yang sangat susah dan terdesak. Kesusahan itu dijadikannya sebagai motivasi untuk berjaya.
Semoga saya diberikan rezeki untuk bertemu insan hebat ini pada satu hari nanti, insha Allah.
Begitulah.
Hafizul Hakim
Suka baca kisah inspirasi, power!