KIRA-KIRA PENCEN
Tadi buat kira-kira belanja masa bersara nanti. Saya perlu sekurangnya RM2,500 sebagai belanja bulanan. Ia termasuk:
1. Makan minum suami isteri
RM30 sehari cover breakfast, lunch dan dinner untuk dua orang.
Total RM900 sebulan.
2. Bil elektrik dan telefon
Mak hajah mesti nak guna aircond, kesian berpanas. Duit telefon tu nanti untuk borak-borak dengan anak-anak guna video call atau whatsapp group, balas mesej mereka. RM400 sebulan.
3. Minyak petrol
Nanti nak bawak mak hajah korang pergi jalan petang-petang. Ronda sana-sini, pergi pasar malam ke. Atau pergi masjid-masjid yang ada program ceramah. Saya letak RM300 sebulan.
4. Barangan dapur / keperluan rumah.
Nanti nak beli plastik sampah, pewangi rumah. Atau beli ayam atau ikan untuk mak hajah masak. Saya letak bajet RM300 sebulan.
5. Ubat-ubatan/vitamin
Masa muda-muda kena ambik medical plan yang dapat cover sampai ke tua. Ambik pakej couple RM300 sebulan (bajet seorang RM150).
6. Sedekah dan lain-lain
Nak juga masa sedekah hari Jumaat, seminggu RM10. Empat minggu RM40. Kemudian mana tahu mak hajah korang nak beli kuih muih masa malam Jumaat baca surah Yaasin di surau. Okay, saya letak RM200 sebulan.
7. Hiburan
Plan nak bawa mak hajah korang tengok wayang, daftar lari maraton dan beli roti bagi makan ikan di tepi tasik. Romantik sampai ke tua sambil berpimpin tangan. Moga jodoh sampai ke tua, berjaya dunia akhirat.
====
Kesimpulan:
Andaikan loan rumah, kereta semua dah selesai sebelum bersara. Dalam setahun bersamaan RM30,000 (RM2,500 x 12 bulan).
Jika saya bersara usia 60 tahun dan katakan baki hidup ada 20 tahun lagi, maka perlu ada sekurangnya RM600,000.
Okay done kira. Ada masa 23 tahun lagi nak pencen. Kumpul 3 kilo emas! Atau sediakan hartanah untuk disewakan bermula hari ini. Atau nak tanam 10 pokok durian musang king, nanti dah pencen boleh jual.