Antara persoalan yang bermain di fikiran saya masa mula-mula nak beli emas pada tahun 2009 adalah macam mana nak tahu emas tu tulen atau tak? Kalau dulu ditanya dengan makcik-makcik yang beli barang kemas, jawapan mereka;
"Owh tengok je lah dekat belakang cincin atau gelang tu. Kalau dia tulis 999 maka 999 lah. Kalau 916, jadi 916 lah."
Owh jawapan itu sungguh tak meyakinkan saya. Hihi.
Tuan-tuan, semua jongkong emas yang establish di pasaran mesti memiliki sijil ketulenan emas. Ia dikenali sebagai Assayer Certificate. Misalnya:
Jenama Pamp SuisseJenama Perth MintEmas keluaran Public Gold
Salah satu cara paling mudah seperti yang digunakan di Ar-Rahnu adalah menggunakan densimeter.
Ia dapat menguji berat emas dengan tepat dan melakukan 'float test'.
Salah satu ujian awal yang paling mudah untuk emas di rumah adalah Float Test. Yang anda perlukan hanyalah secawan (atau mangkuk) air dan barang emas anda. Yang harus anda lakukan ialah meletakkan kepingan emas anda ke dalam air!
Sekiranya itu emas asli, maka ia akan segera tenggelam ke bahagian bawah cawan. Emas tulen adalah berat kerana ketumpatan tinggi (19.32 g / ml).
Sekiranya barang emas anda melayang atau melayang di atas cawan, maka itu adalah emas palsu atau berlapis. Ini kerana ketumpatannya lebih rendah (14K adalah 12.9 hingga 14.6 g / ml, 18K adalah 15.2 hingga 15.9 g / ml, dan 22K adalah 17.7 hingga 17.8 g / ml.)
Walau bagaimanapun, Ujian Float bukanlah ujian tepat 100% kerana barang palsu itu boleh mempunyai logam berat lain yang juga tenggelam. Inilah sebabnya mengapa ia mesti menjadi kaedah awal sahaja.
Sekiranya barang anda tenggelam dan anda masih ragu-ragu, lakukan ujian berikut, tetapi juga perlu diingat bahawa emas sebenar tidak berkarat atau berubah warna jika anda meletakkan di dalam air. Sebarang tanda yang menunjukkan reaksi ini adalah pengesahan bahawa barang anda adalah emas palsu atau berlapis emas.
Densimeter yang sudah lama tidak di maintenance juga akan beri kesan kepada 'result' ketulenan emas itu sendiri.
Emas 1 kilogram di uji berat.Float test untuk emas 1 kilogram
Produk emas dan perak keluaran Public Gold Marketing Sdn Bhd mempunyai sijil perakuan sah yang diiktiraf oleh Penguji Ketulenan atau lebih dikenali dalam dunia emas sebagai Assayer.
Assayer ini berperanan untuk menguji ketulenansetiap produk emas dan perak yang dihasilkan oleh kilang Public Gold bagi menepati piawai yang telah ditetapkan. Setiap produk akan melalui saringan yang ketat dan diuji sebelum disijilkan untuk dijual kepada orang ramai.
10 gram BungaMasProfail Assayer bertauliah yang menguji setiap produk keluaran Public Gold Marketing Sdn Bhd
Oleh itu, tidak timbul sebarang keraguan bahawa produk dari syarikat tersebut tidak tulen atau tidak menepati piawaian terutamanya dari segi mutu, ketulenan emas/perak dan juga berat emas/perak tersebut.
Ini kerana, assayer yang dilantik untuk kerja-kerja tersebut berdaftar dengan badan-badan professional yang bertauliah di Malaysia ini.
Setiap produk keluaran Public Gold mempunyai sijil perakuan sah oleh Assayer bertauliahGoldbar Public Gold yang dibuat di Turki pula disahkan ketulenan oleh Assayer syarikat Nadir Metal Refinery (NMR).Berat emas 0.5 gram jenama Public GoldBerat emas 1 gram jenama Public Gold
Siapakah Abdul Shukor Anuar?
Penulis, Hafizul Hakim bersama Encik Abdul Shukor Anuar (Assay Office Penang Sdn Bhd). Beliau satu-satunya Certified Assayer yang ada di negara kita. Hebat orangnya!
Jadi, belilah emas Public Gold tanpa was-was. Diuji ketulenan emasnya dan disahkan patuh shariah oleh authoriti.