public-gold-logo-maroon
Ada tiga posisi pembeli emas. Anda yang mana satu?
Home » Tips Simpanan Emas  »  Ada tiga posisi pembeli emas. Anda yang mana satu?
Ada tiga posisi pembeli emas. Anda yang mana satu?
Setiap orang ada matlamat berbeza. Tak semua pembeli emas tu disebut sebagai pelabur emas. Ada 3 posisi dalam pemilik emas fizikal: 1. Penyimpan emas 2. Pelabur emas 3. Peniaga Emas #1 Penyimpan Emas
"Aku nak beli emas untuk dijadikan sebagai dana kecemasan 3 bulan gaji!"
Sebagai seorang penyimpan emas, mereka adalah golongan yang sangat faham akan kepentingan emas. Matlamat mereka hanya satu iaitu menukar wang kepada emas bagi kegunaan masa hadapan. Jika berlaku kecemasan, emas dapat ditukar dlm bentuk tunai sama ada jual terus atau digadaikan.
1. Elak simpanan bocor
Pada permulaan saya mula simpan emas pada tahun 2009, tujuannya nak elak simpanan saya bocor. Bocor ni maksudnya konon simpan 10% setiap bulan, tapi tak pandai kawal nafsu belanja last-last “terguna”.. Selepas simpan emas, dah tak bocor lagi dah. Malahan jadi sangat berdisplin, dapat gaji je terus alih ketepi bajet simpan emas. Dulu saya pun fikir macam anda, “Harga remdah aku beli. Harga emas naik, aku jual.” Tapi hingga ke hari ini emas saya tak terjual. Sebab kalau perlu tunai, saya cuma emas ke arrahnu untuk selesaikan keperluan. On the spot dapat tunai. Nanti dah dapat gaji, tebus semula emas dalam tempoh 12 bulan.
2. Simpan untuk kumpul modal beli aset hartanah
Kalau dah pandai menyimpan, nak beli hartanah ni mudah. Sebab ada simpanan untuk dijadikan sebagai deposit. Standby at least 15% dari value semasa hartanah. Misalnya harga hartanah RM300,000 maka perlu sediakan minima RM30,000. Kalau convert dalam emas lebih kurang 170 gram! Beli apartment untuk sewaan, lebihan dari bayar loan bank boleh buat beli emas lagi.
3. Simpan untuk dana pendidikan anak-anak
Semua kita tahu dan sedar, kos belajar, kos pengajian dari masa ke semasa akan semakin meningkat tinggi. Kalau ambik purata kenaikan 6% inflasi setiap tahun, dalam tempoh 15 tahun kos pengajian akan naik hingga 100%! Contohnya, hari ini kos pengajian engineering RM40,000, pada 15 tahun akan datang kos akan jadi double sehingga RM80,000. Saya tak nak anak-anak terjerat dengan hutang PTPTN, maka saya sedaya upaya simpan dan alih dlm bentuk emas supaya kuasa beli (purchasing power) dlm 15 tahun kelak tak di mamah inflasi. Nasi lemak 10 tahun akan datang pun kita tau akan jadi semakin mahal kan? Sasarkan simpan 100 gram emas seorang.
4. Simpanan kecemasan 3-6 bulan gaji
Sekarang zaman yang tak dijangka prestasi eknomi. Dulu siapa sangka kerja sektor Oil and Gas tiba-tiba mengalami kemelesetan dan ramai terpaksa diberhentikan. Jika ada tabung kecemasan ni, at least kita ada 3 ke 6 bulan tempoh untuk cari kerja baru dan maintain apa-apa ansuran bulanan yang perlu dibayar eg kereta, rumah dan nafkah isteri anak. Jadi sebagai persediaan, saya alih tabung kecemasan 3-6 bulan gaji dalam bentuk emas fizikal. Kalau gaji anda RM3,000/bulan. Maka perlu ada RM9,000! Kalau convert dalam emas lebih kurang 50 gram emas!
 “Harga bukan ukuran tapi berapa banyak gram emas yang aku simpan”
#2 Pelabur Emas Ramai juga yang ingin menjadi pelabur emas kan? Perlu ingat seorang pelabur beli emas dalam kuantiti yang besar. Selalunya golongan ini bertujuan meningkatkan keuntungan dalam jangka masa sederhana.
Antara ciri-ciri seorang pelabur emas adalah:
  • Modal beli emas fizikal besar, sekurangnya 100 gram.
  • Membeli emas ketika harga rendah, Jual ketika harga tinggi.
  • Mempunyai ilmu teknikal dan fundamental dalam menganalisis pasaran emas dunia.
  • Menjana keuntungan dengan aktiviti jual beli emas.
Formula mudah bagi seorang pelabur, yang dikejar adalah keuntungan emas apabila naik dan bersedia membeli pada harga rendah dalam kuantiti yang besar. p/s: Kalau jadi dealer Public Gold posisi terbaik sebab dpt komisyen beli dan jual yang akan memudahkan keputusan beli dan jual. #3 Peniaga Emas Peniaga emas lebih kepada seorang pedagang emas yang melihat emas sebagai salah satu medium perniagaan. Peluang berniaga yang tidak boleh dilepaskan. Ada tiga taraf pengedar emas Public Gold iaitu:
  1. Normal Dealer - entitle komisyen 1% dari belian
  2. Priority Dealer - entitle komisyen 1.5% dari belian
  3. Master Dealer - entitle komisyen 2% dari belian
Cir-ciri seorang usahawan emas :
  • Aktif menjana keuntungan melalui jual beli emas
  • Menggunakan emas bagi menjana pendapatan melalui perniagaan.
  • Tidak terikat dengan naik turun harga emas
  • Formulanya naik senyum, turun pun senyum.
Peniaga emas di platform PUBLIC GOLD, mereka menjana keuntungan melalui manfaat tersebut:
  1. Keuntungan runcit melalui jualan dan belian emas daripada customer mengikut harga yang ditetapkan oleh syarikat
  2. Komisyen jualan dan belian yang diberikan oleh syarikat
  3. Komisyen introduce pelanggan/dealer baru kepada Public Gold.
  4. Komisyen yang berterusan bila pelanggan yang didaftarkan membuat belian berulang.
Anda dah kenal pasti apa posisi anda?
Walau dimanapun posisi anda pilih, mesti punyai ilmu terlebih dahulu. Jangan buat tanpa ilmu atau panduan mentor. Semoga artikel ini membuka minda anda betapa emas begitu fleksibel untuk semua orang. Artikel ini dikemaskini pada 31/3/2020 - Hafizul Hakim