public-gold-logo-maroon
Hibah: Lelaki, ketahui amanah anda. Wanita, sila maklum hak anda.
Home » Saving  »  Hibah: Lelaki, ketahui amanah anda. Wanita, sila maklum hak anda.
Hibah: Lelaki, ketahui amanah anda. Wanita, sila maklum hak anda.
Kalau isteri nak dapat 100% harta suami, pastikan mereka dah buat hibah ke atas semua harta. Caj hibah biasanya 1% dari nilai keseluruhan harta tak termasuk lawyer fee dan lain-lain.

Benda ni penting, tapi kita tak ambik peduli. Sabda Rasulullah SAW:

“Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid kerana ia adalah sebahagian dari ilmu dan juga mula-mula ilmu yang akan hilang dari umatku.”

Posting ini bukan tujuan untuk menghentam, ambik kesempatan tapi sekadar berkongsi ilmu. Insha Allah.
#Disclaimer: Saya Hafizul Hakim, bukan agen insuran/MRTA/MRTT/Wasiat/Hibah/Amanahraya.
====
Perlu ke saya buat wasiat atau hibah?
Ia bergantung kepada kondisi anda. Jika dalam kategori dibawah, digalakkan segera buat hibah. • Ada anak perempuan sahaja. • Ada anak angkat. • Pasangan yang tiada anak. • Individu yang belum berkahwin. • Individu yang berpoligami. • Mualaf yang ingin berikan harta kepada keluarganya yang belum Islam. • Membeli harta secara bersama. • Individu yang ingin berikan hartanya kepada sesiapa yang diingini. • Ahli perniagaan. • Jemaah haji. • Individu yang berkahwin semula.
Siapakah yang paling kritikal untuk buat hibah?
Mereka yang tidak ada anak lelaki. Ini kerana sekiranya anda hanya ada anak perempuan, maka sebahagian besar harta tuan akan diwarisi oleh adik-beradik tuan. Kalau pewaris faham yang harta itu adalah amanah untuk jaga keluarga ‘si mati’ sepatutnya tiada masalah. Akan datang ‘problem’ besar kalau ambik harta lepas tu tak jenguk langsung dan jaga anak buah dan balu.
Apakah itu hibah sebenarnya?
Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki pada masa hidup dan tanpa balasan.
Apakah harta yang boleh dihibahkan?
Harta alih seperti wang tunai, barang kemas dan harta tak alih seperti seperti rumah, tanah dan seumpamanya.
Terdapat 3 jenis iaitu • Hibah Mutlak • Hibah Amanah • Hibah Bersyarat
Apakah perbezaan hibah diatas? ✅ Hibah Mutlak Hibah mutlak adalah dengan cara melaksanakan pemberian secara terus daripada penghibah kepada penerima hibah. Sebagai contoh: Bapa menghibahkan sebuah rumah kepada anaknya dan terus melaksanakan pindah milik (Borang 14A KTN) kepada nama anak. ✅ Hibah Amanah Hibah amanah ialah pemberian secara terus oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penerima hibah belum atau tidak berkelayakan memiliki harta tersebut. Oleh itu, badan berautoriti akan bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta tersebut. Contohnya penerima hibah adalah anak OKU atau kanak-kanak. Maka penghibah melantik pemegang amanah bagi menjaga harta tersebut sehingga anak berumur 18 tahun. ✅ Hibah Bersyarat Hibah bersyarat adalah pemberian harta semasa hidup oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penghibah membuat syarat yang dipersetujui oleh penerima hibah contohnya; pemberi hibah masih ingin duduki harta hibah sehingga dia meninggal dunia. Kawan-kawan, Teringat pesan seorang Ustaz, sepatutnya antara perkara pertama diselesaikan untuk si mati ialah urusan hajinya. Bayar badal haji atas namanya.
Nasihat terakhir: “Hibah bukan lebih baik daripada faraid. Hibah bukan penyelesaian segala-galanya. Hibah bukan lebih baik daripada wasiat.”
Saya sekadar berkongsi penjelasan. Jika infonya bagus, sila tekan butang SHARE. Ramai di antara kita mungin lupa atau tak tahu tentang ilmu feqah ini. Mana nak buat Hibah? ✅ Amanah Raya Berhad ✅ Pacific Trustee Berhad ✅ As Salihin Trustee ✅ MyPusaka. Info Mereka boleh membantu membuat perbandingan plan mana paling baik, dan membuat plan tailor made mengikut kehendak anda. Untuk bacaan topik berkaitan, kenapa lelaki dapat lebih dari perempuan? Baca sini pula: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10160150230689572&set=a.10150325780949572&type=3 Hafizul Hakim Lebih banyak tips kewangan dan emas di Telegram Channel saya, https://t.me/MrHafizulHakim