public-gold-logo-maroon
Covid-19: Public Gold Announcement
Home » Emas  »  Covid-19: Public Gold Announcement
Covid-19: Public Gold Announcement

PENGUMUMAN 17-02-2020

Berikutan situasi terkini Covid-19 di MalaysiaPG Group ingin memaklumkan bahawa kami amat komited terhadap kesihatan semua pemilik perniagaan PG (PGBO), pelanggan-pelanggan dan juga pekerja-pekerja kami. Pertama sekali ke semua PGBO, para pelanggan dan pekerja diminta untuk mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Sekiranya anda berasa tidak sihat, kami berharap agar anda boleh menjadualkan semula sebarang pertemuan dengan cawangan PG ke tarikh yang lebih sesuai. Mana-mana PGBO dan pelanggan kami yang baru pulang daripada luar negara diminta untuk mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengkuarantin diri anda. Sebagai langkah berjaga-jaga, mulai 18 Mac 2020 setiap pelanggan dan PGBO perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke cawangan PG. Sila telefon dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum anda datang. https://publicgold.com.my/index.php/branch Untuk memudahkan anda membuat transaksi anda digalakkan untuk menggunakan kemudahan online untuk urusan tempahan dan belian produk. Kumpulan PG akan berusaha sedaya upaya untuk membantu semua PGBO dan pelanggan kami berurusan dengan lancar di dalam situasi Covid-19 ini. Kami berharap semua PGBO, pelanggan dan pekerja PG akan selamat dan sejahtera di dalam mengharungi krisis Covid-19. Terima kasih.