Kira berapa duit terkumpul disebabkan penangguhan bayaran pinjaman bank (#Moraturium). Saya bagi contoh mudah dibawah:
Loan 🚗 RM1,000
Loan 🏠 RM1,500
Loan 📖 RM500
Contoh di atas, Abu ada lebihan tunai sebanyak RM3,000 sebulan. Jadi untuk selama 6 bulan, jumlah terkumpul ialah RM18,000.
Oh ya, pinjaman lain yang layak untuk moraturium adalah pinjaman peribadi, ASB Financing dan SME Loan.
Syarat layak Moraturium: Tiada tunggakan bayaran pinjaman selama 3 bulan. Kalau tertunggak, sila jelaskan sekurangnya 1 bulan #sebelum 31hb March ini.Dalam masyarakat kita boleh bahagi kepada tiga: 1. Yang cukup-cukup makan. Gunakan wang ini untuk tampung kehidupan seharian sepanjang tempoh berkurung. 2. Yang sedang-sedang. Bahagikan 60% simpan, 40% tampung belanja sewaktu perintah berkurung. 3. Yang mampu. Tak perlu pun duit lebihan ini sewaktu perintah berkurung. Jadi, kalau wang ini tak dibelanjakan, jadikan sebagai dana kecemasan 3, 6 atau 12 bulan gaji. Anda boleh simpan di: ✅ ASB ✅ Tabung Haji ✅ Akaun Emas Public Gold Jangan pula dibuat shopping beli benda yang tak perlu. Dalam keadaan krisis Coronavirus, kita tak tahu sampai bila akan berakhir. Tujuan semua bayaran pinjaman ditangguh seperti kata Perdana Menteri kita:
“Pastikan ada lauk makanan di atas meja makan.”Begitulah.