public-gold-logo-maroon
Kenapa emas dan perak dipilih sebagai wang?
Home » Tips Simpanan Emas  »  Kenapa emas dan perak dipilih sebagai wang?
Kenapa emas dan perak dipilih sebagai wang?
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal). Kita sering dengar dan baca tentang hadis ini. Tapi sebaliknya, kenapa dinar emas dan dirham perak menjadi matawang sejak ribuan tahun lamanya. Tak ramai tahu, wang kertas baru wujud kurang dari 200 tahun. Itupun sebelum ini cetakan wang kertas terikat dengan jumlah emas dalam simpanan sesebuah kerajaan. Wang kertas menjadi sepenuhnya fiat money ketika Perang Vietnam pada tahun 1971 oleh Presiden Nixson. Emas dan wang kertas USD sejak dari itu berlawanan arah dan tidak lagi ada hubung kait.
1. Emas jarang ditemui. 
  • Sekiranya semua emas di dunia dikumpulkan di satu tempat, merangkumi semua syilling emas, barang kemas, keranda emas Firaun, emas jongkong dan emas dalam simpanan semua kerajaan di dunia.
  • Jika ia disatukan dan dicairkan ia hanya dapat memenuhi kiub sebesar 32 ela.
  • Tak lebih pun dari besar gelanggang tenis di Wimbledon.
2. Emas diterima ramai.
  • Tiada satu negara di dunia tidak mengiktiraf nilai emas. Tidak seperti matawang. Hanya terhad laku di sesebuah negara sahaja.
  • Misalnya duit Ringgit Malaysia tak dapat diguna di London. Mesti tukar jadi pound sterling baru dapat diguna.
  • Yang tidak mengiktiraf emas hanyalah beberapa orang ahli politik dan pakar ekonomi yang tidak punya pertimbangan yang wajar.
3. Emas itu tetap emas! 
  • Elemen atomik emas sedikit melebihi 100 jirim asas. Emas punya berat atomik 79  dalam jadual berkala unsur kimia.
  • Ia tidak dapat dicipta oleh manusia. Sebab itu ada yang menyebut emas sebagai 'The God Money'.
  • Atau dalam bahasa kita, wang yang diciptakan oleh Tuhan.
4. Emas boleh dibahagi-bahagikan.
  • Emas nilainya instrinsik. Kalau satu jongkong emas dikerat dua, ia tetap bernilai! 
  • Tiada nilai yang hilang apabila emas dibahagi-bahagikan. Walaupun sekadar debu emas, ia tetap bernilai!
  • Tak seperti wang kertas, koyak sikit tak semua kedai menerimanya.
  • Ingat lagi tak dengan duit syilling RM1. Apabila kerajaan tak iktirafnya lagi, sekelip mata nilai RM1 jadi 0. Jadi, sebenarnya pada duit kertas dan syilling, nilainya di mana?
5. Emas kekal abadi.
  • Emas adalah logam paling stabil dan tidak bertindak balas.
  • Emas tidak berkarat, tercemar dan terhakis.
  • Syilling emas yang telah terbenam dalam perut bumi di lautan dalam, apabila dikeluarkan dari peti di darat - ianya tetap bernilai.
  • Emas dihargai kerana sinarnya yang kekal abadi.
Begitulah. Haji Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta