public-gold-logo-maroon
Cara kira harga emas dunia
Home » Tips Simpanan Emas  »  Cara kira harga emas dunia
Cara kira harga emas dunia
Assalamualaikum, Tahniah sebab sudi baca satu lagi ilmu yang saya nak kongsikan.
Mengapa harga emas yang terpampang di surat khabar dan TV (masa berita dunia ada info harga emas di skrin bawah) dengan Public Gold tak sama. Apa sebab berbeza?
Ok, ni memang salah satu soalan yang sering ditanya kepada saya. Jawapan ringkas:
Harga yang dipaparkan di surat khabar adalah harga emas mentah (raw gold). Emas yang baru keluar dari lombong dalam bentuk bijih dan belum di proses jadi jongkong emas. 
Harga emas mentah dunia ni merupakan harga yang diguna pakai oleh pengilang (refinery emas) untuk membeli emas dari syarikat pelombong emas. Harga emas dunia berubah setiap saat, ye setiap saat. Harga emas Public Gold pula dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia. Harga di kedai emas pula ikut harga persatuan di Malaysia.
Harga emas di kedai emas. Diambil sebelum perintah PKP. Hehe
Emas yang baru di lombong - raw nugget
Dalam bahasa orang kampung saya, harga emas mentah dikenali sebagai 'spot price'. Harga ini belum termasuk harga premium eg cost minting atau pemprosesan sehingga terbentuknya emas dalam bentuk goldbar atau syilling emas (Dinar). Dan harga ni memang tak ditawarkan kepada individu. Penting untuk orang awam tahu tentang perkara ni kerana:
  1. Untuk elak ditipu oleh 'scammer' yang menjual emas below spot price.
  2. Mengelak diri dari membeli emas palsu.
  3. Harga emas takkan murah daripada harga emas spot price. (ramai tertipu sebab ditawarkan emas pada harga 'luar biasa murah'.)
Saya nak berkongsi cara pengiraan harga emas dunia, jom:
  • Step 1: Dapatkan harga semasa emas di www.kitco.com atau website Public Gold. (refer graf)
  • Perlu di ingat harga ini dlm oz (auns). 1 oz bersamaan 31.1 gram.
  • Jadi, kita nak convert oz kepada gram untuk dptkan harga per gram emas dlm USD.

Step 1:  $1,726.70 bahagi 31.1 gram

Maka; harga emas segram dlm USD bersamaan $55.52 / gram

  • Step 2: Convert kan harga emas daripada USD kepada RM

USD $1 = 4.32 MYR (Cari rate exchange)

Jadi, $55.52 x 4.32

Maka harga spot (harga raw) emas semasa dunia bersamaan RM239 (harga hari ni 14/04/2020).

Exchange rate RM to USD di Maybank. Tak sama dengan di Google.
 

Public Gold merupakan antara syarikat yang menawarkan harga & spread terendah di Malaysia (dua kombinasi paling penting utk anda tahu sebelum beli emas kat mana-mana).

Rujuk harga PG SELL utk buat pembelian - premium Public Gold sekitar RM12 ke RM15 sahaja berbanding dgn kedai emas.

Kalau nak beli emas untuk simpanan dan pelaburan, jangan cuma tanya harga saja.

Tanyakan sekali berapa spread margin. Tanya macam ni:

Kalau nak jual balik nanti, berapa peratus (%) tolak dari harga semasa.

Berikut adalah spread margin Public Gold, ingat dua benda ni:

  • Semakin berat emas - semakin murah harga per gram (rujuk gambar PG Sell di atas)
  • Semakin berat emas - semakin kecil spread margin (perbezaan harga beli dan jual semula)
Semoga ilmu ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan anda.
  • Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
  • Triple Star Master Dealer Public Gold
  • Introducer Code: PG000839
  • HP: 019-888 4452 (SMS, Whatsapp, Call)