
Akhirnya, ramai yang mengeluh sebab tak dapat nak buat permohonan pengeluaran iLestari KWSP.Bagi mengatasi masalah-masalah ini, akhirnya pihak KWSP sediakan satu laman web khusus bagi mereka yang nak mohon pengeluaran iLestari online dengan lebih mudah. Boleh terus mohon melalui ilestari.kwsp.gov.my Laman web ini boleh dilayari sama ada menggunakan komputer, laptop dan juga telefon bimbit. Yang penting, ada talian Internet.
Jom kita belajar cara nak mohon melalui laman web ini.
Cara Mohon Pengeluaran iLestari Online
Langkah #1 – Pergi ke laman web iLestari Online di ilestari.kwsp.gov.my
Langkah #2 – Klik pada PERMOHONAN BAHARU
Langkah #3 – Isikan semua maklumat yang diminta seperi nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon, alamat emel dan alamat rumah yang lengkap. Pastikan semua yang bertanda * (bintang merah) adalah diisi.
Langkah #4 – Pilih jumlah amaun yang ingin dimohon untuk pengeluaran. Jumlah minima adalah RM 50 dan maksima adalah RM 500 bergantung kepada baki di dalam Akaun 2 KWSP masing-masing.
Isikan juga maklumat nama dan akaun bank (simpanan/semasa) yang masih aktif. Pastikan akaun tersebut adalah milik ahli yang membuat permohonan pengeluaran.
Langkah #5 – Selepas isi semua maklumat, klik pada kotak pengesahan pengakuan pemohon. Perakuan pemohon akan dipaparkan. Baca dan fahami, kemudia klik butang SETUJU.
Langkah #6 – Klik pada kotak Saya bukan robot dan akhir sekali, klik pada butang HANTAR.
Sekarang anda dah siap buat permohonan pengeluaran iLestari KWSP online.
Hanya perlu tunggu permohonan diluluskan atau tidak.
Memang mudah, bukan?
====================================
Cara Mohon Pengeluaran iLestari Online bagi yang dah ada i-Kwsp
Tutorial ini dikongsikan oleh saudara Luqman Hariz di Facebook beliau.
1. Sil layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my


















