public-gold-logo-maroon
“Saya ZERO ilmu tentang emas. Macam mana nak mula Encik Hafizul?”
Home » Tips Simpanan Emas  »  “Saya ZERO ilmu tentang emas. Macam mana nak mula Encik Hafizul?”
“Saya ZERO ilmu tentang emas. Macam mana nak mula Encik Hafizul?”
Perjalanan 1,000 batu bermula dengan langkah pertama. Dalam 1,000 batu itu, langkah paling susah adalah langkah pertama kerana momentum kejayaan belum lagi bermula. Malangnya kebanyakan orang ‘putus-asa’ ketika mereka masih di tahap awal lagi. Pendek kata, tak mula pun dah kalah. Di sini saya kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi selama 11 tahun dalam pelaburan dan simpanan emas fizikal. Langkah Pertama Pelaburan & Simpanan Emas
  • Kita tak akan faham tinggi atau rendah harga emas selagi belum bermula.
  • Hanya dah bermula sahaja, baru kita faham sebab kita sudah ada BENCHMARK/TANDA ARAS tersendiri.
Saya mula simpan emas pada harga RM100 segram pada tahun 2009. Anda takkan dapat harga yang sama - dengan izin Allah.
  • Jadi, harga pada hari ini 21/4/2020 misalnya RM254 segram - itulah benchmark harga untuk anda sendiri. Dan disitu baru anda dapat nilai harga emas mahal atau murah.
  • Kalau tanya saya harga sekarang, mahal atau murah sudah tentu saya jawab Ya. Sebab saya mula dari RM100. Haha!
  • Mungkin ada guru emas dah terangkan panjang lebar, tapi kita susah hadam penerangan tersebut. Ye la, selagi tak mula.
Langkah Kedua - Mula dengan yang terkecil jika belum faham dan kenal Public Gold
  • Jadi cara yang terbaik, dapatkan ilmu asas dahulu melalui pembacaan nota atau facebook guru-guru emas.
  • Kemudian terus bermula dengan bajet kecil.
Saya akan tanya 3 perkara kepada mereka yang baru nak mula simpan emas, kiranya tiada ilmu dan pengalaman:
  1. Tujuan Simpan Emas (Baca sini)
  2. Bajet (Tetapkan sama ada bajet belian lamsam atau bulanan eg RM100 sebulan atau RM500 sebulan)
  3. Strategi belian emas (Baca Sini:Tiga Cara Belian Emas Public Gold)
  • Mulakan dahulu walaupun dengan 1 dinar atau goldbar 10 gram.
  • Anggap belian pertama itu sebagai pengalaman pertama dan BELAJAR, bukan untuk jana keuntungan lagi.
  • Cerita untung adalah untuk mereka yang beli jongkong 100 gram emas dan ke atas.
  • Kita yang baru nak kumpul 10 gram belian EPP10 ni, baru nak belajar erti menyimpan.
Apabila sudah bermula, kita akan nampak jalan lebih luas dihadapan kita untuk terus maju, insyaAllah. Waktu dah mula ‘nampak’ tentang emas, kita perlu ADJUST halatuju sebenar serta tindakan yang perlu kita ambil untuk capai matlamat tersebut. 21 April 2020 Hj Hafizul Hakim Bin Hj Mohamad Kerta MCO