Ada 7 faktor penyebab orang rugi beli emas. Baca dan elak dari melakukan perkara yang serupa. Mudahan anda dapat untung yang maksima dari simpanan dan pelaburan emas.
1. Beli emas tanpa ilmu
Ikut orang beli emas, Kita sibuk beli emas, tapi kita tak tahu sebab apa orang beli emas lalu bertindak kurang bijak apabila tidak merancang simpanan dengan betul.
Antara akibatnya ada yang jual emas dan terpaksa rugi bila susut nilai tinggi kerana harga emas belum naik.
Baca:Tujuan Orang Ramai Simpan Emas2. Join skim pelaburan emas
Kelabu mata bila dengar pasal dapat duit bulan,dapat dividen, dapat hibah dan sebagainya. Asal dengar orang cakap “untung ” je terus anda join tanpa sempat buat kajian mendalam.
Halal haram dah tak peduli,yang penting “masyuk”. Akhirnya masuk banyak, keluar pun banyak sebab rezeki tak berkat.
Baca:Jangan terpedaya Skim Emas Baca:Public Gold patuh Shariah3. Beli dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat murah.
Emas bukan barang kawalan, harga pun ikut kedai emas/company/pengedar nak jual berapa. Sebab tu boleh tengok ada macam-macam harga. Jadi,pilihla harga yang murah dan spread margin yang rendah. Ada juga syarikat harga emas murah tapi susut nilai tinggi ya ampun. Lebih dari 30% susut nilai.
Baca: Tiga Cara Beli Emas Public Gold4. Tak tanya berapa susut nilai
Lupa tanya, kalau jual semula berapa susut nilai akan tolak?
Baca: Susut nilai Public Gold 5. Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas
Menjual emas tanpa sebab yang kukuh. Saya selalu ajar client saya, jual emas apabila :
Jika nak mula berbisnes (perlu modal)
Beli rumah
Beli tanah
Terdesak (pilihan selain jual terus, anda boleh gadai di Ar-Rahnu jika mampu tebus)
6. Terlibat dengan ar rahnu tanpa sebab munasabah
Ar rahnu adalah tempat cagar emas. Ia adalah hutang. Bukan tempat buat untung.
Gunakanlah kemudahan ar rahnu untuk keperluan dan modal bisnes, bukan untuk perkara di atas.
Baca: Pengalaman di Ar-Rahnu7. Beli tanpa mentor atau introducer betul
Pastikan introducer anda seorang yang komited. Dapat menjawab apa-apa persoalan dikemukakan dan bukan jenis touch and go.
Lepas bantu daftarkan kita, terus senyap bertahun tanpa update tentang emas atau promosi terkini.
Baca: Ciri-ciri Pembimbing Emas Idaman
Disediakan oleh,