public-gold-logo-maroon
Alamak, interest loan kereta masih berjalan dalam tempoh 6 bulan. Macam mana nak bayar Ferrari aku ni. Tenang gais, baca penerangan ini!
Home » Saving  »  Alamak, interest loan kereta masih berjalan dalam tempoh 6 bulan. Macam mana nak bayar Ferrari aku ni. Tenang gais, baca penerangan ini!
Alamak, interest loan kereta masih berjalan dalam tempoh 6 bulan. Macam mana nak bayar Ferrari aku ni. Tenang gais, baca penerangan ini!
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Association of Banks in Malaysia (ABM) keluarkan statement bahawa: "Hire Purchase akan tetap berjalan interest / profit ke atas pinjaman kita dengan pihak bank." Jadi ramai gelabah perlu terima atau tidak moratorium ini? Pertama sekali kita perlu faham cara kira kadar interest pembelian kereta masa mula-mula sain 'loan kereta' dulu. Kata guru kewangan saya, Tuan Zaidi Ismail - apa-apa melibatkan urusan kewangan mesti tekan kalkulator. Jangan main rasa-rasa. ===== Katalah Jenal hutang Perodua Myvi 1.5L AV AT full spec.
  • Harganya RM48,000.
  • Jenal letak 'downpayment RM5,000.
Jadi Jenal hutang RM43,000. Katalah kadar untung bank 3%. Pembiayaan di buat 9 tahun atau 108 bulan. Jadi ansuran bulanan ialah: 3% dari RM43,000 = RM1,290.00 setahun Jumlah bayaran caj faedah sepanjang 9 tahun tersebut: RM1,290 X 9 = RM11,610 Tambahkan caj faedah tersebut dengan pinjaman, maka jumlah bayaran yang perlu dibuat Jenal:
  • RM43,000 + RM11,610 = RM54,610
Bayaran Bulanan : RM54,610 / 108 bulan = RM506 sebulan. Fuh panjang nak cerita sejarah bayaran bulanan. Demi nak kira jumlah interest beli kereta.
Saya bukan agen kereta, tapi agen emas Public Gold ya!
==== Apa pilihan yang Jenal ada: 1. Bayar macam biasa 2. Terima Moratorium. Ada (i) dan (ii) 1) Tak Terima Moratorium. Bayar Macam Biasa. Bagi berkemampuan boleh teruskan bayar installment hire purchase seperti biasa (kontrak asal). Advantagenya, anda boleh jimat interest charge. Definasi mampu: a) Dah ada 6 bulan simpanan kecemasan b) Gaji / bisnes tak terjejas walaupun di musim PKP Okay ini mudah faham. Kita letak garisan pemisah. =======
2) Terima Moratorium.
Bagi yang tak mampu, boleh ambil moratorium. Ianya akan di kenakan caj tambahan (accrued interest). Mesti tekan kalkulator dan tulis atas kertas baru nampak berbaloi atau tak. Definasi tak berkemampuan: - Tiada simpanan kecemasan - Semasa PKP duit nak beli makanan pun tak cukup. - Hilang punca pendapatan - Elaun bulanan di potong mungkin sebab tiada travelling kerja. Bagi anda yang ingin ambil moratorium ‘Hire Purchase’ sila buat pengesahan secara rasmi dengan pihak bank sama ada melalui panggilan telefon atau email.
Sekarang kita main kira-kira, untung ka rugi ambik moratorium. Ish susah betul mengeja! Berapa kali perlu aku tekan 'backspace'.
(a) 6 bulan tak perlu bayar. Jenal perlu bayar faedah 6 bulan pengecualian dan ada tambahan tempoh pinjaman selama 6 bulan. Contoh kiraan bagi mudah faham: Interest 6 bulan akan di bahagikan sama rata dalam baki tempoh pembayaran. Bayaran bulanan kereta : RM506. Pecahan adalah: a) Hutang prinsipal : RM416 b) Interest : RM90 Katakan baki tempoh pinjaman 'original' tinggal 3 tahun (36 Bulan) RM90 x 6 bulan : RM540 RM540 bahagi 36 bulan (baki hutang) = RM15 sebulan Pada bulan Oktober 2020, bayaran bulanan Jenal yang baru ialah: • RM506 + RM15 = RM521 • RM521 ini yang akan Jenal bayar sampai habis. (tambah 6 bulan dari jadual asal. Kalau sepatutnya habis Oktober 2023, extend hingga April 2024)  "Kan tak bayar selama 6 bulan." ======= (b) Jenal tak nak perubahan pada bayaran bulanan. Jadi, pada bulan Oktober 2020 kena bayar lamsam tunggakan 6 bulan + 1 bulan pada bulan Oktober (tak dikenakan interest extra). Bulanan kereta RM506 X 6 = RM 3,030 Pembayaran bulan October 2020: RM506 Total perlu bayar: RM3,536 ======
#Disclaimer : Pengiraan di atas hanyalah contoh sahaja bagi mudah untuk faham. Boleh call bank anda untuk tahu cara pengiraan yang lebih tepat.
Kesimpulan, Jenal ada 3 pilihan :
  • #Pertama : Tidak terima moratorium dan nak teruskan bayar installment hire purchase setiap bulan seperti biasa (kontrak asal).
  • #Kedua : Jenal ambik moratorium iaitu 6 bulan tidak perlu bayar. Jenal bayar faedah 6 bulan pengecualian dan ada tambahan tempoh pinjaman 6 bulan kehadapan. 36 bulan + 6 = 42 bulan.
  • #Ketiga : Ambil moratorium tetapi bulan 10 kena bayar lamsam tunggakan 6 bulan + 1 bulan pada bulan Oktober tanpa interest charge ekstra.
Nota kaki: 1. Semua loan akan di kenakan interest charged termasuklah Personal Loan, Hire Purchase dan Islamic Financing yang profit rate dia tetap. 2. Rekod CCRIS tidak terjejas sebab moratorium ini dibenarkan oleh BNM atas sebab 'situasi luar biasa'. Biasanya kalau tak bayar 3 bulan, kereta dah kena tarik oleh pihak bank. Nak lebih mudah dan terang, terus refer kepada bank anda ya? #Nota : Di bawah ini saya lukis dalam bentuk bergambar. Semoga bermanfaat. Silakan #share. Jom dapatkan info kewangan yang terkini di sini. Ada beribu orang dalam tu. Klik sini sekarang: https://t.me/MrHafizulHakim