public-gold-logo-maroon
BAGAIMANA TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN?
Home » Tips Simpanan Emas  »  BAGAIMANA TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN?
BAGAIMANA TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN?
Assalamualaikum, Baru-baru ini saya telah membantu salah seorang waris kepada klien emas yang baru meninggal dunia pada 31.3.2020  lepas. Ia adalah bagi menuntut emas atau refund dari pembelian emas arwah isterinya. Saya kerap 'broadcast' mesej kepada semua pengedar rasmi dan klien emas tentang update semasa berita emas, jadi ia memudahkan waris tahu bahawa arwah isterinya ada membeli emas dari Public Gold.
BAGAIMANA TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN?
Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:
✅ Sijil Kematian
✅ Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)
✅ Salinan IC pewaris
✅ Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak).
.
.
Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.
.
.
Jika si mati mempunyai ongoing Easy Payment Purchase (EPP), waris boleh juga buat tuntutan. Waris boleh pilih antara 2:
.
.
(a) jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% processing fee atau
(b) waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.
Harap Maklum.
.
.
* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad.
Perkongsian ini telah mendapat persetujuan dari suami arwah untuk panduan orang lain. Untuk rekod, ini adalah kes ketiga saya 'handle' sepanjang 11 tahun sebagai pengedar rasmi Public Gold. Semoga memberi  manfaat kepada semua pembeli emas Public Gold untuk dimaklumkan kepada waris terdekat. Mari kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan surah al-fatihah kepada Allahyarhamah. Insha Allah. Sekian.   Haji Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta