“Maaf, encik simpan je duit tu. Matlamat tak sesuai untuk beli emas.”
Saya tak sarankan sahabat ini beli emas. Bukan sebab bajet dia kecik. Tapi ‘expectation’ jangka masa pendek untuk peroleh keuntungan tu tak sesuai.
Adalah lebih bijak untuk gunakan wang tu terus bayar hutang yang ada.
Kawan-kawan,
Sebenarnya ada dua posisi pembeli emas fizikal iaitu:
1. Penyimpan emas
2. Pelabur emas
Ramai salah faham, beli apa-apa jenis emas jadi dia terus dicop sebagai pelabur. Sebenarnya tak. Saya kupas disini.
Kategori 1: #PenyimpanEmas
Mereka adalah golongan yang faham kepentingan simpan emas fizikal. Matlamat mereka hanya satu akan menukar dari bentuk wang kertas kepada emas fizikal untuk kegunaan masa hadapan.
Long term saving.
Jika berlaku kecemasan, emas sebagai ‘backup’ duit. Bawa emas ke Arrahnu digadaikan dan dapat pinjaman tunai segera sebanyak 70% dari nilai semasa.
Saya ambik contoh, mereka ini adalah orang-orang tua kita dulu. Mereka beli emas sebab dah sda pengalaman beberapa kali nilai wang jadi 0. Ketika era zaman perang British, Jepun dan kembalinya Britisih.
Tiap kali bertukar kerajaan, nilai wang sebelum itu jadi tak bernilai dah. Akhirnya mereka pilih emas sebagai medium simpanan. Malangnya apabila diwariskan kepada anak dan generasi seterusnya, dapat emas harta pusaka terus dijualnya.
Antara ciri penyimpan emas adalah:
1) Elak kebocoran simpanan daripada terbelanja kepada benda tak perlu dan dapat kawal sifat boros berbelanja.
2) Emas sebagai simpanan jangka masa panjang dan bukan masa terdekat.
3) Emas dapat lindungi kekayaan dari susut nilai yang terkesan akibat inflasi pada setiap tahun. Contoh mudah, nilai RM10,000 pada 10 tahun akan datang tak akan sama kuasa beli hari ini.
Setiap tahun ‘purchasing power’ wang kertas makin merosot disebabkan inflasi!
4) Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk simpanan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas sebabkan seolah-olah kita buat tambahan dana.
Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas.
Mereka tak risau turun naik harga emas dunia. Kategori ini beli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas
“semakin banyak gram, semakin tinggi nilai emas”.
=========
Kategori 2: #PelaburEmas
Ramai juga yang ingin menjadi pelabur emas. Tapi perlu ingat, seorang pelabur beli emas dikategorikan begitu jika beli dalam kuantiti yang besar.
Minima belian emas untuk bergelar sebagai PELABUR EMAS adalah 100 gram ke atas. Kurang dari ini, anda masih lagi dianggap sebagai seorang penyimpan lagi.
Selalunya mereka ini bertujuan meningkatkan keuntungan dalam jangka masa sederhana.
Antara ciri-ciri seorang pelabur emas adalah:
1) Membeli emas ketika harga rendah, Jual ketika harga tinggi. Jika emas berat, susut nilai rendah.
Sebab itu saya tak sarankan abang ni beli emas dengan bajet yang ada. Sebab emas dibeli cuma 4.25 gram dan jangkaan masa nak jual semula 2-3 bulan akan datang. Lebih elok terus gunakan untuk bayar hutang.
2) Ada asas ilmu teknikal dan fundamental dalam menganalisis pasaran emas dunia.
3) Menjana keuntungan dengan aktiviti jual beli emas.
Formula mudah bagi seorang pelabur adalah apabila naik dan bersedia membeli pada harga rendah dalam kuantiti gram yang besar.
Jadi dah faham, sekarang anda berada di posisi mana satu. Alhamdulillah.
“Masa terbaik beli emas adalah 10 tahun lepas dan masa kedua ialah pada hari ini. “
Hafizul Hakim
Telegram channel: https://t.me/MrHafizulHakim