5 faktor penggerak harga emas dunia semakin tinggi tahun 2020
5 faktor penggerak harga emas dunia semakin tinggi tahun 2020
"Biasalah, harga emas naik masa musim Raya setiap tahun." kata Seman pada anaknya Zalikha selepas melihat harga emas yang dibelinya 2 tahun lepas naik lebih dari 30%. Sebenarnya tak ada kaitan pun kenaikan harga emas sekarang ini dengan musim raya. Dalilnya, semua orang duduk di rumah tak beli emas masa Hari Raya disebabkan oleh pandemik coronavirus yang tersebar di seluruh dunia sejak awal tahun. Korang boleh bayangkan, harga emas dari Januari 2020 harga RM217 segram telah naik sebanyak RM45 segram. Harga emas hari ini 02/06/2020 mencecah RM262 segram! Berikut adalah faktor-faktor yang boleh mendorong harga emas naik lebih tinggi pada tahun 2020:
  • Rusuhan telah melanda Amerika syarikat dimana protes besar-besaran berlaku apabila George Floyd mati ketika ditahan oleh polis Minneapolis. Beratus orang penunjuk perasaan telah ditahan di seluruh Amerika dan kebanyakan bandar-bandar besar US, rusuhan melanda.
  • Situasi rusuhan ini diburukkan lagi dengan wabak covid19 yang sedang melanda US dan telah mengorbankan hampir 100 ribu nyawa.
  • Situasi ini diburukkan lagi dengan kadar pengangguran yang meningkat dengan mendadak di Amerika Syarikat iaitu seramai 40 juta orang! Naik 14.7% pada bulan April dan dijangka mencecah 20%
  • Hubungan diantara US dan China juga menegang akibat perang perdagangan dan penarikan balik status istimewa Hong Kong oleh Donald Trump kerana menyifatkan Hong Kong telah kehilangan status autonomi dan dikawal oleh China
Dengan kata lain, US menghadapi situasi kacau bilau ditambah wabak penyakit dan pengangguran yang meningkat dan ketegangan hubungan luar serentak! Secara fundamental, harga emas akan meningkat sekiranya berlaku krisis ekonomi di Amerika Syarikat. One way traffic!  Dalam situasi serba buruk ini, banyak bisnes akan jatuh, pasaran saham akan jatuh dan aset selamat seperti emas dan perak akan naik dengan tinggi. Industri penerbangan terjejas, pelancongan, banyak syarikat kerugian hingga ratusan juta ringgit. Dengan hujah faktor-faktor di atas ini, ia sememangnya mampu menggerakkan harga emas dengan lebih tinggi dalam jangka masa panjang. Pelan tindakan anda mesti lakukan.
Beli emas untuk jangka masa panjang. Jika ada duit, tambahkan gram.
Join Telegram Channel saya dengan menekan gambar dibawah ini: alt