public-gold-logo-maroon
“Beli Emas Tak Dapat Emas, Cuma Akaun” – Bolehkah?
Home » Gold Accumulation Program (GAP)  »  “Beli Emas Tak Dapat Emas, Cuma Akaun” – Bolehkah?
“Beli Emas Tak Dapat Emas, Cuma Akaun” – Bolehkah?
Dipetik dari page facebook muamalat.my. Posting bertarikh 12 Februari 2020.
Kerap juga saya ditanya tentang produk simpanan emas oleh sebuah bank (Islamic).
Adakah ia patuh Syariah sebab akaun emas tanpa ada emas fizikal?
Sebenarnya isu utama dalam jual beli emas ialah serahan perlu segera. Apa maksud serahan segera? Maksudnya hak milik telah bertukar tangan sebaik sahaja akad dibuat dan bayaran diserahkan. Bentuk serahan itu pula boleh dipelbagaikan. Ada yang boleh diserahkan segera, secara fizikal. Ada juga yang tidak perlu serahan secara fizikal, tapi secara secara dokumentasi yang menunjukkan telah ada perubahan hak milik. Contoh: Mustafa ada sekilo emas fizikal PAMP Suisse 999 dengan no siri GB1100000. Mustafa boleh saja menjual secara nisbah (nisbah musya), tanpa ditentukan bahagian, kepada Marzuki, Rania dan Salman dengan harga yang dipersetujui bersama. Contohnya Salman beli dengan harga RM210 dapat 1 gram, Marzuki beli RM2,100 dapat 10 gram, Rania beli RM21,000 dapat 100gram. Adakah Marzuki, Rania dan Salman dapat secara fizikal? Sudah tentu tidak, sebabnya emas yang mereka beli itu secara perkongsian pukal jongkong bernombor GB1100000 itu. Pemilikan berlaku secara hukum sahaja. Dengan jualan itu, emas yang dimiliki oleh Mustafa kini cuma tinggal 889 gram sahaja. Jumlah pemilikan dikira secara pro rata berasaskan kepada hak masing-masing. Ini dinamakan join ownership atau milkiyyah al-musya'. Shariah Standard Gold oleh The Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) mengiktiraf kaedah pemilikan bersama ini dengan syarat-syarat tertentu. Rujuk dan download: Shariah Standard on Gold: 3/5 Shari’ah Rulings for Joint Ownership of Gold Jadi, samalah juga pembelian emas anda di bank-bank yang patuh Syariah, pemilikan anda adalah secara bersama ke atas jongkong yang telah ditentukan oleh bank dan telah disemak oleh pegawai Syariah dan penasihat Syariah. Cuma nasihat saya, jika nak buat begini perlu ada kepastian bahawa emas itu ada secara fizikal, dan kadar emas mestilah sama dengan kadar emas yang dituntut oleh pemilik masing-masing. Dalam industri bank, semua benda ini akan disemak dan diaudit. Emas sekilo tak boleh dijual lebih dari sekilo. Contohnya Saiful ada emas 1 kg, dia jual kepada Uthman 800gm dan jual kepada Asmak 400gm, sedangkan dia cuma memiliki emas sekilo sahaja. Ini bukan sahaja riba, bahkan penipuan. Di pasaran Malaysia ada beberapa akaun emas yang telah disahkan patuh Syariah:
  • Akaun Emas Kuwait Finance House Bank
  • Akaun Emas Bank Muamalat
  • GAP Public Gold (Well Established)
  • Hello Gold (Mobile App)
  • Goldina (Mobile App)
  • Akaun Emas Affin Islamic
Selain Akaun emas, ada juga ETF Gold yang patuh Syariah satu-satunya di Bursa. Wahed Invest juga menawarkan pelaburan dalam portfolio emas. Dan ada lagi beberapa Islamic bank yang dengar-dengar akan memperkenalkan Gold Product ini. Sebenarnya banyak lagi yang saya nak kongsi tentang emas patuh Syariah. Jangan lupa follow page muamalat.my dan juga share supaya orang lain dapat manfaat sama.