public-gold-logo-maroon
Kenapa saya simpan emas sejak 10 tahun yang lepas. Baca sini.
Home » Tips Simpanan Emas  »  Kenapa saya simpan emas sejak 10 tahun yang lepas. Baca sini.
Kenapa saya simpan emas sejak 10 tahun yang lepas. Baca sini.
"Hafizul, kenapa aku perlu nak simpan emas? Bukan tu barang orang perempuan ke? Kan susah nanti nak guna kalau dah tukar jadi jongkong emas."
Begini sahabat semua. Kita simpan emas bukan macam kita beli 'sport rim' kereta. Bukan juga 'feeling' dia seolah baru lepas shopping. Dan takde orang beli emas sebab dia nak cepat kaya, ni kepercayaan tahyul. Kalau korang anggap beli emas sebab nak kaya cepat. Ini salah! Akan tetapi tujuan saya dan ramai orang simpan emas kerana ia adalah 'sekuriti' kepada value (nilai) duit kita. Cuba baca poin dibawah:
  • 20 tahun dahulu, dengan duit RM100,000 kita mampu beli sebuah rumah dua tingkat. Tapi dengan RM100,000 yang sama sekarang, korang mampu beli sebiji rumah? Memang tak lah.
Sebab harga rumah dah jauh lebih tinggi.
  • Tapi 20 tahun lepas harga segram emas lebih kurang RM30 segram. Jadi kalau aku tukarkan RM100,000 masa tu, ia bersamaan dengan 3.3 kilogram emas. Katakan dulu ko tak beli rumah, ko simpan aje 3.3 kilogram tu, agak-agak dapat tak beli rumah hari ini?
Okay mari kita kira.
  • 1 kilogram emas hari ini 11/7/2020 ialah RM263,392! Cuba darab 3.3 kilogram. Ia bersamaan dengan RM869,194! Boleh beli 2 buah rumah terus double storey.
Kuasa beli, kekal jika dalam bentuk emas. Tapi kalau dalam bentuk duit kertas, kuasa belinya pasti susut dimamah oleh inflasi. Jadi, kos universiti anak, kos haji dan apa-apa kos yang di ukur dengan wang kertas, harganya tak akan kekal dan sama. Pasti makin meningkat dari masa ke semasa. Formula saya pegang dari dulu, kalau dikira kos dalam gram emas, ia stabil dan kekal. Lihat saja harga kambing, dari zaman Rasulullah hingga ke hari ini masih 1 Dinar Emas.
  • Kos anak belajar hari ni, tukar jadi gram emas.
  • Kos beli rumah hari ini, tukar jadi gram emas.
  • Kos kahwin hari ini, tukar jadi gram emas
Insha Allah untuk tempoh 5, 10 atau 15 tahun akan datang ia tetap sama. Jadi, perlu difahami - duit kertas dicipta hanya sebagai syarat transaksi pertukaran. Beli tomato, bayar pakai duit kertas. Kelemahan yang ada pada wang kertas, ia tidak dapat simpan kuasa beli dalam jangka masa yang panjang. Begitulah. Hafizul Hakim Ingat Public Gold, Ingat Hafizul Hakim.   Artikel lain berkaitan:
  1. Bajet aku RM200 sebulan, apa emas sesuai dibeli.
  2. Akaun emas untuk saya bajet RM100 hingga RM200 sebulan. Dan tak simpan konsisten tiap bulan.
  3. Nilai wang makin susut disebab inflasi.
  4. Formula Hafizul simpan 100 gram emas untuk setiap anak.
  5. Apa beza beli emas jenama Public Gold berbanding syarikat lain