public-gold-logo-maroon
Tips Beli Barang Kemas
Home » PG Jewelery  »  Tips Beli Barang Kemas
Tips Beli Barang Kemas
"Nak berhias beli barang kemas, jangan beli jongkong emas. Berbeza tujuannya."
 
8 TIPS MEMBELI BARANG KEMAS BERNILAI TINGGI
 
Ada ramai sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta).
 
Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit pada nilai yang tinggi. Jangan lupa, tak semua barang kemas boleh jadi aset bernilai tinggi.
 
Majoriti barang kemas yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli. Memang sangat tinggi. Berbeza dengan jongkong dan dinar emas, (jika jenama Public Gold) cuma dari 6% hingga 9% sahaja.
 
Jadi, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ikut tip-tip penting dibawah ini jika nak beli barang kemas:
 
Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
 
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk.
 
Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah periksa pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.
 
Tip #2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
 
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam atau kita sebut sebagai 'holo'. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti.
 
Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.
 
Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%!
 
Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.
 
Nasihat Hafizul, kalau ada barang kemas bengok dan putus korang trade in kepada jongkong dan dinar emas Public Gold.
 
Tip #3: Elakkan beli barang kemas yang ada batu permata
 
Barang kemas yang ada batu permata sebenarnya rendah nilai jualan baliknya. Selain tu ia tak diterima untuk gadaian di Ar-Rahnu.
 
Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916.
 
Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916! Pakar pembuatan emas PG Jewelery mendedahkan perkara ini kepada saya.
 
Tip #4: Simpan resit belian
 
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread).
 
Jikalau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskaun 25% dari harga semasa. Besar tolak tu!
 
Tip #5: Jangan beli emas putih
 
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value.
 
Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver.
 
Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit.
 
Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.
 
Saya pun pelik kenapa panggil dengan nama 'White Gold' kalau peratus emasnya sangat rendah sampai tak diterima di Ar-Rahnu.
 
Tip #6: Survey kos upah paling rendah. Kos upah berbeza
 
Harga satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus. Sebenarnya harga emas yang korang tawar pada harga 'workmanship' ja. Harga emasnya sendiri tak terusik.
 
Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM
(Persatuan Pekedai Emas). Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my
 
Contoh sekarang ini pada harga RM305/g untuk 999.9
 
Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
 
Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.
 
Tips Hafizul, kalau nak jual semula pastikan jangan bawak muka masam. Ceria sikit. Ia ada main peranan berapa besar dia nak beri susut nilai.
 
Begitulah.
 
Hafizul Hakim
Nah shopping barang kemas sini: bit.ly/3a1krpV