Bukan mudah bergelar sebagai ibu bapa. Pelbagai parenting skill kita perlu tahu untuk mendidik mereka. Salah satunya didik anak-anak erti kejayaan.
1. Apabila mereka dapat markah ‘A’ kita mesti ucap tahniah. Bagi hadiah kecil sebagai galakan. Impaknya, dia akan cipta lebih banyak kejayaan.
Kalau anak baru pandai sebut huruf ba. Kita sorak dan buat mereka rasa seronok. Mereka berjaya tolong letak pinggan dalam sinki, ucapkan terima kasih.
“You are brave.”
“You are capable.”
“You are better than before!”
“Aaron dah sama tinggi dengan meja makan.”
Bagi mereka ‘feel’ rasa bahagia apabila buat kebaikan dan rasa dihargai.
2. Apabila anak gagal. Bimbing dia cara berdepan dengan kegagalan. Ungkapkan kata-kata yang boleh positifkan dirinya semula.
Bagi mereka kata semangat yang buatkan dia berazam untuk bangkit semula.
“You can learn from mistakes. I did mine too before.”
“I’m ready to listen, ada masalah?”
Usah dihentam dengan kata-kata menyakitkan. Ingat, ia proses membentuk identiti anak. Nak bina bandar Rome tak ambik masa sehari tau!
3. Ucapan tahniah, terima kasih dan tunjukkan penghargaan adalah salah satu resipi mahal dalam pembesaran anak-anak.
Tak perlu terlalu keras dengan mereka seolah diri kita lebih hebat dan tak pernah gagal sewaktu kecil dulu.
4. Bina jatidiri anak-anak. Jangan masa mereka cemerlang je kita ambik kredit. Tapi masa mereka jatuh kita salahkan orang lain. Lebih teruk, kita tambah pula penderitaan mereka. Emosi dan mentally.
5. Orang berjaya ialah orang yang banyak belajar dari kegagalan dan bangkit darinya. Tak semua orang yang dapat bangun semula selepas ditimpa musibah pada diri mereka.
Orang berjaya, kekal sukses kerana dalam diri mereka ada ‘strong will’ yang tidak ada pada semua orang. Sifat ini yang kita nak didik dalam diri anak-anak. Jadi seorang fighter! Never give up hadap cabaran hidup.
“I’m proud with your success!”
“Be an example to your brothers.”
“One day you will become a great person.”
Semoga kita semua berjaya mendidik anak-anak jadi insan mulia. Doakan kami juga ya, agar dapat jadi ayah ibu yang dikagumi dan disayangi anak-anak.
Hafizul Hakim
Saya pun baru nak belajar erti kejayaan.
Didik anak-anak erti kejayaan. 1. Apabila mereka dapat markah ‘A’ kita mesti ucap tahniah. Bagi hadiah kecil sebagai... Posted by Hafizul Hakim on Sunday, March 1, 2020