KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menutup sekolah bermula esok hingga hari terakhir persekolahan bagi tahun ini.

Bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember, manakala Kumpulan B pada 18 Disember.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata negeri Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga ditutup hingga akhir tahun.