public-gold-logo-maroon
Wang Tak Dituntut, ada RM4,000! Ini cara periksa sama ada anda juga bernasib baik seperti penulis.
Home » Tips Simpanan Emas  »  Wang Tak Dituntut, ada RM4,000! Ini cara periksa sama ada anda juga bernasib baik seperti penulis.
Wang Tak Dituntut, ada RM4,000! Ini cara periksa sama ada anda juga bernasib baik seperti penulis.
"Assalamualaikum Encik Hafizul. Kami dari xxxx ingin maklumkan Tuan ada wang tak dituntut berjumlah RM4,000++."
Fuh masa dapat panggilan tadi, mati-mati saya ingatkan 'scammers'. Yelaa banyak tu 4 ribu ringgit, sape nak bagi! Saya terus buat carian dan jumpa dengan laman sesawang Jabatan Akauntan Malaysia.
Tapi bila login dan buat carian, tudiaaa habaq hang. Memang betul-betul ada 4 ribu ringgit weyh!
 
Menurut JANM, Wang Tak Dituntut ini adalah merupakan wang yang perlu dibayar kepada tuan punya badan tetapi tidak dibayar dalam tempoh tidak kurang satu tahun seperti gaji, bonus, komisen, serta tuntutan insurans yang telah diluluskan.
=========
So saya nak share tutorial kat sini. Check jelah. Check untuk diri sendiri dan orang penting . Yang masih hidup atau dah meninggal pun boleh.
  • Step 1 : Layari https://egumis.anm.gov.my/
  • Step 2: Sign Up dengan masukkan info yang dikehendaki seperti dalam gambar.
  • Buka email dan sahkan link yang diberi
  • Step 3: Log in dan masukkan maklumat yang dikehendaki seperti dalam gambar
  • Step 4: Masukkan IC individu yang kita nak check
  • Sehari boleh 'check' maksima dua nombor IC aja tau! Mana tahu isteri pun nak check jugak kan.
Kawan-kawan,
Cakap banyak tak guna. Klik je link atas. Daftar dan semak terus baki WTD. Mana tahu ada rezeki RM10,000 ke. Nanti belanja saya roti canai. Kih Kih.
Semoga membantu.
#share je kalau ada manfaat
"Assalamualaikum Encik Hafizul. Kami dari xxxx ingin maklumkan Tuan ada wang tak dituntut berjumlah RM4,000++." Fuh... Posted by Hafizul Hakim on Tuesday, September 22, 2020