Semasa di Masjidilharam, hampir setiap kali lepas solat fardu akan diadakan solat jenazah. Orang yang turut serta dalam solat ini akan diberikan pahala sebesar 1 qirat dan ianya sebesar Gunung Uhud. Rugi kalau tak turut serta, mudah aje.
Untuk tau sama ada jenazah itu lelaki atau perempuan atau kanak-kanak, panggilan muadzin akan berbeza untuk setiap yang saya sebut tadi.
Jika muadzin sebut:
as solatu a’ lal mayyiti = lelaki
as solatu a’ lal mayyitati = perempuan
as solatu a’ lat thifli = kanak-kanak
as solatu a’ lal amwat = banyak jenazah
Saya kongsikan tatacara ringkas untuk solat jenazah seperti dibawah:
1. Angkat Takbir dan Niat dalam hati :
“Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah jadi makmum kerana Allah Ta’ala.”
Pada takbir pertama kita baca surah Al-fatihah.
2. Imam akan Takbir kali Kedua
Kita Baca selawat: “Allahumma solli a’la Muhammad wa a’la ali Muhammad”
Pendek pun takpa, tapi paling elok selawat Ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir bermula dari “Kama sollai ta’ala ibrahim, wa’ala hingga habis..”
3. Angkat Takbir Ketiga
Kita baca doa pendek pun takpa, panjang lagi afdal. Contoh dibawah ni :
a. Allahummarghfirlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
b. Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
4. Angkat Takbir Ke Empat
Imam akan bagi salam, “Assalamualaikum warahmatullah” dan dah selesai. Cukup rukun maka sahlah solat tersebut.
Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah yang meninggal dunia di Tanah Suci Mekah.
Banyak pahala kita kalau kita lakukan solat jenazah.
عن أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : ” مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ ” مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ;
Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar.
Begitulah.
Haji Hafizul Hakim
Jemaah Haji Malaysia 2019
Maktab 82, Hotel Amjad al bait